Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Lori Tangki Terbalik Tumpahkan 25,000 Liter Asid, PLUS Tutup Laluan Seremban-Melaka, Jalan Sesak Teruk

12 Ogo 2017
3 ulasan

Sebuah lori tangki yang membawa mautan asid dilaporan terbalik selepas cuba mengelak sebuah kereta terbabas di Kilometer 251.6 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian kira-kira jam 3.22 pagi di susur masuk Plaza Tol Senawang itu menyebabkan pemandu lori Surazru Mohamed Sakeri, 37, maut akibat kecederaan dalaman selain kemungkinan terhidu gas beracun dari asid yang tertumpah.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Zainurin Sharif berkata, empat jentera dengan kekuatan 20 anggota serta pegawai, termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kita segera mengeluarkan pemandu lori yang membawa 25,000 liter asid itu dan mendapati dia sudah meninggal dunia.

"Dua wanita berusia dalam lingkungan 30-an, iaitu pemandu dan penumpang kereta yang terbabas itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kerana mengadu pening, berkemungkinan akibat terhidu asid," katanya.


Foto Facebook





Foto Hazreen Mohammad/BH

Foto Bomba



Beliau berkata, mayat pemandu lori itu kemudiannya dihantar ke HTJ untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan The Star, kemalangan itu menyebabkan hampir semua 25,000 liter asid kimia yang dibawa tumpah di atas jalan menyebabkan pihak PLUS terpaksa menutup jalan dari kedua-dua arah menyebabkan berlaku kesesakan teruk.

Hasil carian di laman sosial, ramai pemandu menyatakan mereka kini terperangkap dalam kesesakan dan kenderaan tidak bergerak langsung sejak hampir 3 jam lalu.



Foto Hazreen Mohamad/BH

Menurut sumber dari kakitangan Plus, laluan ke Melaka bermula dari Seremban sehingga susur keluar Plaza tol Senawang ditutup untuk semua pengguna trafik manakala dari melaka pula laluan di lengcongkan ke plaza tol pedas Linggi.

Kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh pasukan Hazmat dengan membersihkan tumpahan asid di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan kawasan sekelilingnya selamat.

Lori tangki yang terbalik itu kemudiannya diangkat menggunakan kren. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "