Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bill Gates Larang Anak Guna Gajet Hingga Umur 14 tahun, Steve Jobs Pula Haramkan Terus Ipad Pada Hari Persekolahan, Bagaimana Kita Pula?

10 Ogo 2017
3 ulasan

Mendidik anak kini adalah satu tugas yang agak mencabar kerana anak-anak pada masa kini begitu mudah terdedah dengan anasir-anasir luar terutamanya apabila diberikan gajet.

Ada yang tular sebelum ini, ada seorang ibu terkejut selepas melihat anaknya sedang menonton sebuah video kartun yang memaparkan aksi dewasa di laman Youtube yang membuatkan ramai ibu bapa risau.

Membesarkan anak dengan gajet kini dilihat sebagai satu trend bukan sahaja di bandar, bahkan sudah merebak ke kawasan luar bandar, ada yang anak tak boleh berenggang dengan gajet sehingga 'hilang' kehidupan kanak-kanaknya dan anti-sosial.

Dikongsikan oleh Puan Nowa Nija, satu tips parenting yang amat berguna, beliau telah menceritakan semula apa yang ditontonnya di dalam rancangan Wanita Hari Ini terbitan TV3 yang menampilkan Prof Dr Mariani Md Nor, Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Dr Azam Mohd Nor, Pakar Pediatrik Hospital Pantai Puteri, Nadia Syahirah, Pensyarah Perkembangan awal kanak-kanak dan Puan Adlil Rajiah Mohd Nasir yang merupakan pakar motivasi.

Jadi ternyata tips parenting ini jelas sekali adalah daripada pakar-pakar dalam bidang ini, jom kita baca tulisan panjang beliau.


BAGI LAGI ANAK MAIN GAJET SELALU

Mungkin sebab AN & NA mula ke arah gajet, Allah dorong ibu buka channel tv3 dan ngam-ngam topik wanita hari ini pasal anak dan gajet


Ok panel tadi dua orang Pakar Psikologi & Pakar Pediatrik (boleh tengok gambar).

Antara pengetahuan baru yang ibu dapat tadi:

- Tahun lepas, Taiwan gubal undang-undang melarang anak dibawah umur 2tahun didedahkan pada gajet. Kanak-kanak bawah 18 tahun boleh guna gajet tapi ada had masa.

- Steve Jobs, pengasas Apple Inc. yang mengeluarkan gajet antara terbesar di dunia, tapi dalam mendidik anaknya, dia sama sekali tidak benarkan anak-anaknya guna gajet pada hari persekolahan dan ada batasan kalau weekend.(Sumber: Independent)

- Bill Gates hanya benarkan anak main gajet bila capai umur 14 tahun, walaupun mereka mendesak mahukan gajet, tetapi isterinya, Melinda, hanya buat tak tahu. (sumber: Independent)


- Perkembangan otak berkembang sebanyak 80% dari otak dewasa bila umur anak 3 tahun sebab itu umur 0-3 tahun adalah tempoh yang tidak sesuai untuk anak terlalu kepada gajet. Nanti jejaskan perkembangan otak.

- WAJIB tahu yang stimulasi rangsangan (persekitaran) sangat diperlukan untuk 2 tahun permulaan (eye contact bila bercakap dan respon).

So hasil tadi juga bagi tamparan pada ibu dan ibu yakin pada ibu bapa lain juga:

- Anak ni tengok pada ibu bapa. Sebab itu bila ibu bapa terlalu ke arah gajet, anak follow. Role model remember?


- Memang anak akan suka pada games dalam gajet sebab umur 0-3 tahun ni dunia anak-anak adalah bermain. Bak kata salah seorang pakar tadi bisnes anak-anak ialah bermain.

- Kalau seawal umur setahun tiada stimulasi rangsangan yang sangat diperlukan pada 2 tahun permulaan, penglihatan, perkembangan otak & tumbesaran akan terganggu

- Jangan tanya kenapa anak suka tantrum (mengamuk) bila tidak dibagi gajet bila selama ni memang jadi teman rapat anak dah pappp tampar pipi ibu


- Kognitif (membezakan besar kecil tinggi rendah etc) anak boleh terganggu. Even dalam gajet misalnya saiz haiwan tidak sama dengan di luar - bila masuk sekolah could be problem untuk anak-anak.

- Attention deficit menakutkan. Sebab tu anak mula tidak dengar bila kita panggil dan kurang bercakap. Pokoknya benda lain pun tidak ambil peduli bila gajet depan mata.

- Anak kecil sepatutnya Ekstrovert (periang dsb.), tapi bila dengan gajet sangat anak jadi introvert (pendiam dsb.).

Sejujurnya ibu risau bila AN dalam sehari mencari gajet. Terkadang tu ada drama airmata bila ibu kata berhenti dulu. NA pun dah pandai tunjuk fon.

Macam yang pakar cakap there is no betul salah pasal gajet. Sebab teknologi akan stay. Cuma sebagai parents kita yang kena corakkan anak. No wonder orang kata guru pertama anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah.


Umur yang recommended untuk bagi gajet? 5 tahun.

Suka saya masukkan sekali analogi yang Pakar tu bagi tadi - kita dibenarkan bawa kereta bila umur sesuai (17 ke atas - pastikan ada lesen) Sebab sudah pandai control dan ada kebolehan bawa kereta, sama juga prinsip nya dengan bagi anak gajet. Sebab itu walaupun recommended umur sebegitu tetap ada had masa. Parents kena peduli!

Ohya Kalau ada kawan-kawan yang tengok tadi dan ada percanggahan daripada sharing ni let me know. tak mahulah nanti kena cakap sharing hemtam kromo. Walaupun ibu ini kategori momster tapi tetap tidak mau jadi monster bagi parents lain.


Hari ni 3 orang panel (tengok gambar).

- Ibu bapa jadi role model - Jangan melekat sangat dengan gajet. Anak tengok tu! Dah kalau ibu dengan abi sibuk dengan fon, anak pun akan ikut. Papppp tampar pipi sendiri!

- Guna kuasa parents - jangan bagi full charge gajet tu. Supaya anak berhenti once bateri habis kan. Mujur ibu AN & NA selalu buat gini. Jangan bagi tau AN pula haha!

- Guna kuasa parents - jangan ajar anak password telefon/iPad. Part ni kita lepas, bi

- Guna kuasa parents - ibu tidak bagi anak gajet, apaknya pula yang baik hati bagi huhu, lepas tu dah kalau parents say no jangan pula segala auntie uncle jiran bagi green light pass gajet.

- Selalu ingatkan anak gajet tu parents punya. Teringat dulu AN pernah tantrum minta fon abi dia. Berulang kali cakap dengan AN fon tu abi punya. Abi ada kerja kena buat guna fon (padahal tiada pun). Then sekarang jarang dah minta fon abi.

- Panel juga ada sebut jadikan gajet ganjaran misalnya kalau anak buat kerja sekolah then baru dapat gajet tapi still kena kawal hari apa dan masa berapa lama.

- Bila anak tengah guna gajet, parents sebolehnya kena ada sama dengan anak. Explain apa yang anak tengah tengok tu. Biar ada interaksi. Contoh saya buat dengan AN is saya explain gajah warna apa, yang ni belalai yang ni gading. Then AN akan respon "besarnya bu"

- Ok yang ini terkena batang hidung sendiri - jangan suruh anak simpan gajet bila habis main, parents yang ambil dan simpan. So mulai sekarang ibu & abi kena rajin ambil dan simpan dari AN, ok bi?

- Part ni suka dan seperti diketuk dahi ibu ni nak oii

-wujudkan zon sifar teknologi misalnya tempat tidur, meja makan, dalam kereta.

- Wujudkan masa sifar teknologi contohnya masa makan, masa tengah sanati dengan family.

- Buat aktiviti dalam rumah untuk kurangkan ketagihan anak pada gajet. Ohya ibu ni salah seorang peminat Puan Adlil tu, ibu follow fb beliau. Puan tu bagi contoh aktiviti ada 4 jenis beliau sebut tapi ibu sempat take note 3 ni ja huhu ampuuunn:

  1. Pergerakan boleh lompat trampolin
  2. sensory berjalan kaki ayam atas pasir atau rumput
  3. kemahiran motor halus cari benda tersembunyi dalam pasir

-Prof galakkan kita bawa anak keluar supaya boleh stimulate sensory anak sebab persekitaran sangat membantu kita as parents ni bentuk anak. Bila di luar, sekeliling anak ada bunyi, bau, rupa dan interaksi - benda benda ni yang akan anak guna untuk belajar.


Ini ibu setuju sebab AN dulu tidak pandai bergaul bila bawa keluar (tapi memang jenis kuat senyum mesra sangat hehe). Masa mula-mula bawa pergi playground dia react seolah-olah the whole playground tu AN punya tau sebab kalau dalam rumah toys yang ada memang dia punya kan. Sekarang ni alhamdulillah dia dah pandai mingle up dengan budak lain.

- Satu poin yang buka mata ibu juga bila prof ada sebut kekadang taska/playchool terlalu pentingkan ilmiah then balik sekolah anak stress cari gajet. Serius bi, kita kena cari playschool yang tidak strict pada ilmiah sahaja.

PERASAN TIDAK?

-Alasan klise kita: download video ilmiah misalnya ABC satu dua tiga supaya anak belajar.

Hakikatnya: still perlukan ransangan. Perlukan interaksi pelbagai. Gajet punya komunikasi satu hala saja, parents!

Bak kata Fiza Sabjahan tadi kita bukan menidakkan teknologi tapi menyeimbangkan

Sebagai penutup, 3 panel bagi kesimpulan yang buat ibu cakap dalam hati.


  • Frekuensi - dalam seminggu hadkan berapa hari. Contoh 2/7 jangan tiap hari please!
  • Durasi - berapa jam setiap sesi. Contoh yang 2 hari bukan 24jam. Mungkin 2 jam saja.
  • Konten - atau bahasa mudah isi video yang anak tengah tonton tu. Bentuk ilmiah atau permainan pastikan parents ada di sebelah. Risau kalau macam YouTube tu kan anak TERtekan video yang tidak sepatutnya. Jadi satu hal pula nanti 

Suka ibu dengar salah satu panel tu sebut "the best parenting is thru akhlak", semoga ibu ni berakhlak la ya pada AN & NA.

Pemikiran parents mesti lebih tinggi daripada anak sebab kuasa besar sebenarnya dari parents.

Memang ramai yang risau bab-bab gajet ni macam zombie datang gigit anak supaya infected. Saya ni hah pun risau sebab AN & NA membesar di tangan saya. At the end of the day, anything happen baik buruk AN & NA saya yang kena soal siasat dulu.

Sebab itu saya suka baca buku atau tulisan pasal parenting sebab parenting ni bukan pencapaian tapi perjalanan. Banyak benda lagi kena belajar.

Pheww panjang lebar ibu bebel buat sharing haha! Parents yang baca ni mohon doakan AN & NA saya cepat sembuh dari demam. Terima kasih.

Saya izinkan share kalau bermanfaat. SHARE ya bukan kopipes (berpeluh karang ni sambil layan demam AN & NA kesianlah pada saya)

Kalau ada percanggahan info dari diskusi tadi dengan apa yang saya share ni mohon tegur saya dan saya akan betulkan.

Momster yang masih belajar - Nowa Nija

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "