Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tips Mengambil Gambar Seperti Insta Famous

21 Ogo 2017


Instagram adalah satu aplikasi yang membolehkan pengguna memuat naik gambar ke laman social tersebut. Sehingga kini terdapat lebih daripada 300 juta pengguna yang berdaftar dengan Instagram dan ada diantaranya yang dikenali sebagai Insta Famous.

Profil Insta Famous sangat terkenal di kalangan peminat mereka kerana sering menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti dan bersifat artistik. Gambar-gambar yang dihasilkan oleh mereka seolah-olah dapat berinteraksi dengan pengunjung profil walaupun melalui medium gambar.

Berikut merupakan teknik-teknik fotografi yang sering digunakan oleh kebanyakkan Insta Famous menurut salah seorang pengguna Instagram yang semakin meningkat naik Hilmi Husin (@lemicent)

“Guna Mata Sebelum Guna Lensa”

Menurut Hilmi Husin, semua orang mampu menghasilkan gambar yang setaraf Insta Famous jika menggunakan teknik yang betul. Penghayatan terhadap nilai-nilai estetika adalah sangat penting dalam menampilkan penceritaan di sebalik gambar yang diambil.

Untuk tips kali ini, saudara Hilmi menggunakan Huawei P10 untuk menunjuk anda beberapa teknik Flat Lay yang sering digunakannya di Instagram.

Flat Lay Atau Pandangan Birds Eye 

Teknik ini merupakan teknik yang paling digemari oleh Insta Famous. Melalui Flat Flay, anda boleh menghasilkan satu penceritaan melalui susunan objek dari pandangan atas. Untuk teknik ini, anda perlu banyak bermain dengan tekstur, komposisi dan pencahayaan.

Untuk gambar Flat Lay, anda disarankan menggunakan permukaan rata yang berwarna putih atau warna lembut. 

Sebaiknya, gunakan fungsi ‘grid’ untuk memastikan susunan objek yang lebih kemas. Nampak leceh, tetapi sebenarnya ianya sangat penting dalam menghasilkan komposisi gambar yang betul.



Beliau juga turut mengingatkan supaya berhati hati dengan saiz gambar. Gambar yang diambil oleh telefon kebiasaaanya menghasilkan saiz foto dengan nisbah 4:3 padahal gambar yang akan dimuatnaik ke Instagram perlu dipotong (crop) ke bentuk 4 segi atau ratio 1:1.

Lihat, dengan hanya meningkatkan exposure dan contrast, objek nampak lebih menonjol. Teknik Flat Lay ini juga banyak digunakan oleh Foodie Blogger.


Saudara Hilmi(@lemicent) juga turut memberitahu supaya mengelak daripada menggunakan fungsi Zoom untuk pengguna telefon pintar, Ini merupakan kesilapan yang sering digunakan oleh kebanyakkan dengan menggunakan zoom bagi memfokuskan subjek yang jauh. 

Walau bagaimanapun, Huawei P10 menawarkan Hybrid Zoom dimana menggabungkan 4 jenis zoom seperti PDAF, CAF, Laser, dan Depth Auto Focus. Ini membuatkan gambar dihasilkan adalah lebih jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang. 


Dengan fungsi Wide Aperture Mode Huawei P10, membolehkan Hilmi menangkap gambar terlebih dahulu dan memberi pilihan kepadanya untuk memfokuskan subjek selepas gambar diambil. Fungsi ini menyenangkan kepada mereka yang mengambil gambar dalam kuantiti yang banyak dan kemudian mahu mengubah fokus di dalam gambar.

 “Jangan Takut Untuk Bermain Dengan Bayang-Bayang”

Disinilah Huawei P10 memainkan peranan penting dalam menghasilkan gambar hitam putih yang dasyat. Huawei P10 dilengkapi dengan dwi-kamera Leica bersama sensor 12MP dan 20MP sensor monokrom. 


Ianya juga membantu Hilmi dalam menyerlahkan gambar dengan warna yang lebih jelas kerana kamera ini menggabungkan 2 jenis sensor iaitu RGB dan Monokrom. Sensor monokrom memastikan butiran lebih terperinci dengan pencahayaan yang masuk ke dalam lensa adalah dalam nisbah yang tinggi berbanding sensor RGB manakala sensor RGB pula memastikan warna yang ditangkap dapat dihasilkan dengan betul dibantu dengan pencahayaan dari sensor monokrom tadi. Hasilnya gambar dari dwi kamera Huawei P10 ini jadi lebih pekat dan tepat dari segi warnanya.


Lihat sahaja kualiti gambar yang dihasilkan. Disini saudara Hilmi(@lemicent) memberitahu, anda hanya perlu bermain dengan sharpness dan contrast, tidak perlu menggunakan aplikasi editing yang lain.


 “Kualiti Kamera Juga Perlu Diambil Kira”


Peralatan yang digunakan seperti kamera juga perlu dititik beratkan kerana ia digunakan bagi memproses gambar yang diambil. Masalah gegaran semasa mengambil gambar haruslah ditik beratkan. Lensa Huawei P10 mempunyai sokongan penstabilan imej optikal yang memastikan gambar yang diambil sentiasa berada dalam keadaan focus.

Setelah menggunakan Huawei P10, beliau tidak lagi perlu menyunting dengan berlebihan kerana baginya hasil gambar dari Huawei P10 sudah cukup Instagram worthy.


 “Jangan Sunting Gambar Secara Keterlaluan”

Aplikasi suntingan seperti VSCO atau Snapseed adalah dua aplikasi penyuntingan yang menjadi pilihan Hilmi. Filter seperti HB1, F2 dan E8 merupakan antara filter yang sering digunakannya semasa menyunting gambar.

Namun beliau turut memberi nasihat supaya tidak menyunting gambar secara keterlaluan kerana hasil gambar boleh kelihatan palsu dan membuatkan orang yang melihatnya kurang berminat. Elakkan daripada menggunakan filter secara berlebihan.




 “Jangan Guna Fungsi Bokeh Secara Berlebihan”


Jika gambar bokeh diambil dengan terlalu memfokuskan subjek, gambar latar belakang terlalu kabur dan hilang nilai-nilai estetiknya. 



 “Jangan Takut Untuk Bereksperimentasi”




Menurut dia lagi, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba untuk bermain dengan tona warna suapaya hasil gambar kelihatan lebih artistik.

Pesanan terakhir Hilmi kepada mereka di luar sana adalah jangan terlalu takut atau malu untuk mencuba menggunakan perspektif baru dalam mengambil gambar seperti contoh ciri light painting yang diketengahkan oleh Huawei P10 ini.

Fungsi ini adalah untuk menangkap gambar cahaya dari kenderaan dan pemetik api di waktu malam. Huawei menggunakan fungsi yang sama seperti yang diketengahkan oleh kamera DSLR yang menggunakan shutter speed yang rendah.




Setiap orang ada cara ekspresi mereka tersendiri dan terpulang kepada masing-masing untuk mengolah setiap gambar yang diambil. Anda juga boleh mencuba banyak lagi mod seperti panorama, night shot, dan time lapse seperti yang tertera di bawah.



Selamat mencuba dan selamat bereksperimentasi.

Ketahui lanjut tentang Huawei P10.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  3. yuk.. gabung di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g dan menangkan hadiah menariknya,
    untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. SWIN888 MERDEKA PROMOTION
    LUCKY DRAW 1-31 AUG 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    014-322-7846
    011-2322-8860
    011-2611-9352
    swin888.blogspot.com

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    https://www.youtube.com/watch?v=MrAIUDWRn68&spfreload=5

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "