Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tindakan Terpuji Dilakukan Wanita Ini Dalam MRT Tarik Perhatian RapidKL, Cari Siapakah Gerangan Si Baik Hati Ini

23 Ogo 2017
No Comment

Perbuatan baik yang dilakukan oleh seorang gadis berbangsa cina menjadi perhatian netizen.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh saudara Mohd Faiz Muhammad Daud melalui laman sosial facebooknya yang mana gadis misteri berambut panjang, berkaca mata dengan wajahnya terselindung kerana memandang ke lantai menyebabkan golongan netizen tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang bernama Angeline itu.


Pencarian yang dilakukan oleh pihak RapidKL di laman sosial pada Ahad lepas dengan meminta bantuan netizen berjaya menemui gadis yang menunjukkan sikap bertanggungjawab itu.

“Kami dah jumpa Angeline. Kami menyampaikan mesej kepada Angeline menerusi rakannya. Bagaimanapun, Angeline tidak mahu mendedahkan dirinya,” kata Azhar kepada mStar Online.

Encik Azhar Ghazali selaku Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Media Prasarana Malaysia Berhad berkata bahawa pihaknya telah menemukan gadis misteri itu melalui temu ramah bersama mStar Online.

Nampaknya, masih ada insan berhati mulia hari ini yang tidak mahu dikenali di atas keprihatinannya, apatah lagi mengharapkan balasan.

Menurut temu ramah tersebut, pihak RapidKL mengucapkan terima kasih di atas sikap murni Angeline sehingga meraih perhatian masyarakat.

“Terima kasih Angeline di atas keprihatinan anda. Diharapkan lebih ramai lagi di luar sana seperti Angeline. Marilah kita menjaga pengangkutan awam bersama,” katanya.




Angeline, Si Pujaan Hatiku!

Insiden berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja telah menumpahkan air di dalam tren dan kemudian menyapu tumpahan itu menggunakan kertas. Selepas lelaki itu keluar dari tren, Angeline pula mengelap kesan tumpahan tersebut menggunakan tisu.

Disebabkan identiti Angeline masih menjadi misteri, kebanyakan netizen menyifatkan hanya Mohd Faiz yang dapat mengecam wajah gadis itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Faiz berkata, perbualannya bersama Angeline terlalu singkat kurang dari lima minit.

“Tak banyak yang kami bualkan. Angeline hanya memberitahu dia seorang pelajar dan mahu turun di Stesen Bandar Tun Hussein Onn.

“Saya pun hanya ambil gambar Angeline semasa dia lap lantai sebab sebagai pengguna tetap MRT, bukan mudah nak lihat orang lain prihatin macam tu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Faiz yang menganggap Angeline juga sering menggunakan MRT berkata: “Kalau terjumpa dia lagi, saya akan ucapkan syabas kerana menjadi contoh kepada rakyat Malaysia dan sudah tentu nak ‘selfie’ dengan dia!”

Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "