Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TERKINI : Acara Skuasy Sukan Sea KL 17 ditangguhkan, peserta terlibat kemalangan

21 Ogo 2017
No Comment



















Pemain skuasy daripada kontinjen Myanmar, Thailand dan Filipina mengalami situasi cemas apabila bas yang membawa mereka ke venue acara tersebut di Bukit Jalil terlibat dengan kemalangan sebentar tadi.

Berikutan kejadian tersebut, acara tersebut yang dijadualkan berlangsung pada petang ini telah ditangguhkan manakala mereka yang tercedera telah di bawa ke Institut Sukan Negara untuk menerima rawatan. Menurut Pengurus Pertandingan Skuasy KL2017, K Sivanesan yang berkata,

“Pusingan pertama acara beregu campuran yang patut dimulakan jam 2 petang akan ditangguhkan. Pemain hanya boleh mengambil bahagian selepas mendapat pelepasan perubatan.”

Hingga kini, masih belum dapat dipastikan jumlah mangsa yang tercedera di dalam insiden tersebut.

Sumber : Harian Metro



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "