Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terima Rasuah Bulanan, Pengurus DBKL Antara Yang Ditahan SPRM

17 Ogo 2017
6 ulasan

Seorang pengurus bahagian perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara lapan orang individu yang ditahan berikutan kes rasuah dan salah guna kuasa berkaitan bayaran kontrak tuntutan kerja pembersihan sejak 2014.

Semua suspek termasuk tiga wanita yang berusia 37 hingga 61 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di beberapa lokasi di sekitar daerah ini, semalam.

Dipercayai suapan tersebut merupakan bayaran antara RM300 hingga RM1,500 bagi setiap kontraktor.


Menurut sumber SPRM, pegawai tersebut difahamkan meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kontraktor sejak 2014 hingga kini.

"Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan mengurangkan pemotongan tuntutan bayaran ke atas kontrak kerja pembersihan yang dibuat oleh kontraktor berkenaan.

"Ia membabitkan kontraktor di 26 kawasan Zon Pembersihan di kawasan pentadbiran DBKL," katanya.

Datuk Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM negeri mengesahkan penahanan tersebut dan menjelaskan ia dilakukan hasil maklumat dari pihak tertentu.

"Siasatan sudah dilakukan dan dipercayai terdapat aktiviti rasuah. Kita sedang mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," ujarnya.

Tambah beliau lagi, tujuh suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan manakala seorang kotraktor dibebaskan dengan ikat jamin selepas memberi keterangan kepada SPRM semalam.

Sumber- Berita Harian Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  4. Anda akan merasakan serunya bermain di semua permainan kami..
    ini infonya .. 5*E*E*8*0*A*F*E :)
    Salam Admin Fans Betting :)

    BalasPadam
  5. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam
  6. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "