Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sisa Makan Jangan Dibuang, Jadikan Baja Kompos Untuk Buat Tanaman Organik, Hasilnya Sayur Kembang Mekar & Lebat

20 Ogo 2017
2 ulasan

Tiap kali memasak dan makan, kita pasti akan punya banyak lebihan makanan, sama ada isi ikan, daging, kulit telur atau sayur-sayur yang tidak habis dimakan.

Jika ia tidak boleh disimpan lama, dan mula membasi dah tak boleh makan, kita selalunya akan ambil alternatif mudah dengan buangnya saja dalam tong sampah.

Jadi, secara tak langsung kita jadi penyumbang kepada banyaknya sisa makanan yang dibuang.

Untuk solusinya, kita boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Imran Ab Majid ini, yang mana jadikan sisa makanan tersebut sebagai baja organik. Yang mana boleh digunakan untuk tanaman, dan hasilnya dapat dilihat sangat lebat serta segar.

Mari kita lihat caranya.


Ini apa yang anda perlu sediakan.

1. Gunakan bekas tertutup, seperti polistrin yang mana bahagian bawahnya ditebuk lubang dan diletakkan tanah.

2. Simpan sisa makanan, lebihan dapur (kecuali yang berminyak), seperti kulit telur, sayur-sayuran, sisa kopi atau teh, bawang juga timun, roti dan sebagainya selain yang berminyak.

3. Selepas itu tuangakan dan campurkan ke dalam polistrin yang ada tanah itu tadi. Biarkan proses semula jadi lakukan tugasnya, yang mana mikroorgnisma + cacing + semut akan lakukan proses sehingga sisa tadi hancur. Pastikan ia tertutup. Proses ini lebih kurang selama sebulan.

4. Kemudian, akan terhasillah mendapan baja organik, yang dikenali senagai 'black gold'. Untuk hasil lebih baik, boleh campur dengan sisa boiler sawit sikit.

Ini antara hasil dengan gunakan tanah baja kompos.





- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "