Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kejam, Dia Buat Macam Celur Ayam, Bapa Ini Keluar Hisap Rokok Dan Biar Bayinya 10 Bulan Mandi Air Panas Berseorangan, Kemudian..

18 Ogo 2017
2 ulasan

SYDNEY, AUSTRALIA - Bayi lelaki berusia 10 bulan mengalami luka melecur tahap kedua, kira-kira 40 peratus dari badannya selepas ditinggalkan oleh bapanya bersendirian dalam bilik mandi dengan air panas yang sedang mengalir.

Lelaki berusia 24 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan membahayakan, mencedera dan menyerang mangsa dalam kejadian November 2015.

Menurut dokumen pertuduhan mahkamah, Atare Tepania, meninggalkan anaknya berada dalam bilik mandi sementara dia keluar merokok dan memeriksa telefon bimbitnya seketika. Selepas kembali semula ke bilik mandi dia mendapati kulit anaknya sudah mengelupas.

Tepania kemudian mengangkat salah satu tangan mangsa dan terlepas, menyebabkan mangsa terjatuh ke lantai. Selepas itu, mangsa diletakkan di atas katil dan disimbah dengan air sejuk sebelum Tepania cuba memberi mangsa minum susu formula dari botol susunya




Bagaimanapun, lelaki itu menolak botol susu itu ke dalam mulut mangsa dengan kuat dan berkali-kali sehingga menyebabkan mulutnya cedera dan berdarah. Mangsa yang tidak henti-henti menangis akibat kesakitan yang dialami.

"Tertuduh berkali-kali menolak botol susu itu ke mulut mangsa dengan kuat sehingga mencederakan bahagian dalaman mulut mangsa. Setelah itu, dia melihat darah keluar dari mulut mangsa," menurut dokumen mahkamah.

Berang mangsa menangis tak berhenti-henti, sekali lagi Tepania memukul mangsa sekurang-kurangnya sekali menyebabkan mangsa cedera di bahagian kepala dan wajahnya.

Hasil siasatan mendapati terdapat darah di lantai dan pintu bilik air, serta terdapat juga kesan darah di karpet, katil dan tuala.

Pemeriksaan di hospital mendapati, siku mangsa juga mengalami keretakan dan terpaksa ditahan di hospital selama 26 hari untuk menerima rawatan.


Hasil ujian saringan mendapati, Tepania positif dadah jenis methamphetamine dan dalam keterangannya kepada polis, dia mengaku dia tidak waras pada ketika kejadian sehingga melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Saya tak tahu apa yang saya fikirkan. Saya tak tahu. Saya tak dapat berfikir dengan waras," katanya.
Perbicaraan bersambung pada 6 Oktober untuk mendengar hukuman yang akan dijatuhkan terhadap Tepania.

Sumber- The Sun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "