Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Berdekad-dekad Menggunakan Produk Talkum Keluaran Syarikat Terkemuka, Wanita Ini Dakwa Menghidapi Kanser Ovari

22 Ogo 2017

Seorang wanita warganegara Amerika Syarikat mendakwa bahawa dia menghidapi penyakit kanser ovari akibat mengguna produk berasaskan talkum keluaran syarikat pengeluar ubat terkemuka Johnson & Johhson. Berikutan itu, Juri California telah mengarahkan pengeluar ubat terbabit untuk membayar AS$ 417 juta (RM 1.7 bilion) kepada wanita tersebut.

Ribuan tuntutan undang-undang yang diheret ke peringkat kebangsaan, selepas mangsa-mangsa mendakwa syarikat itu gagal memberi amaran kepada pengguna-penggunanya mengenai risiko kanser  yang bakal dihadapi oleh mereka daripada talkum di dalam produknya.

Bayaran yang diarahkan oleh juri itu termasuk sejumlah AS$347 juta (RM1.4 bilion) bagi ganti rugi punitif, kepada Eva Echeverria yang telah menfailkan saman pada Julai lalu menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Mahkamah Agung Los Angeles kepada AFP.

Menurut dakwaan Echeverria, 63, yang dikeluarkan oleh media, dia menghidap penyakit itu selepas beberapa dekad menggunakan produk kebersihan wanita berasaskan serbuk Johnson & Johnson.

 Manakala Johnson & Johnson berkata dalam satu kenyataan ia akan membuat rayuan.

Selaian Juri California, Johnson & Johnson juga pernah diarahkan oleh Juri di St Louis, Missouri untuk membayar denda sebanyak AS$307 (RM 1. 3 bilion) membabitkan dakwaan kes yang sama.

SUMBER : Berita Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "