Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tidak Akan Bersuara Jika Bukan Dia Yang Memulakannya"- Joy Revfa

17 Ogo 2017
2 ulasan

Selepas kecoh di media sosial hari ini apabila Joy Revfa memuat naik status nukilan hatinya yang dipercayai ditujukan kepada suaminya Hafiz Hamidun.

BACA: Joy Revfa Luah Perasaan Di Facebook, Hafiz Hamidun Tampil Komen "Cuba Berselindung Disebalik karangan Acah-Acah Suci Diri"

Selepas kecoh di Facebook dan Instagram berikutan statusnya, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin menerima kencaman hebat dari netizen dan tidak ketinggalan juga dari suaminya.

Hafiz Hamidun juga meninggalkan komen pedas yang mengundang kemarahan usahawan kosmetik ini. Joy Revfa juga dilihat membalas kenyataan Hafiz tersebut.


Menurut Joy, tindakannya membalas kenyataan yang ditulis oleh Hafiz di media sosial adalah bertujuan untuk melindungi maruah dirinya.

Joy juga terkilan dan menganggap suaminya sengaja menjaja cerita peribadi berkaitan rumah tangganya.

"Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai 'ustaz penyanyi', tetapi apabila diberitahu dia (Hafiz) menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.

"Dia menghebahkan cerita tidak pernah 'menyentuh' isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri.


"Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu?" ujarnya kepada BH Online.

Jelas Joy lagi, nukilan yang dikongsinya di laman Facebook dinyatakan secara umum dan tidak sama sekali ditujukan kepada sesiapa.

"Saya menulis Nukilan Hati di Facebook secara umum, yang sebenarnya bukan ditujukan kepada sesiapa pun. Jadi, kenapa dia yang terasa?

"Tidak mengapa, mungkin dia fikir dirinya lebih berkuasa, tetapi ingat Allah lebih berkuasa daripadanya. Semoga Allah mendengar doa seorang wanita teraniaya," akhirnya.

Sumber- Berita Harian Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "