Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Qinlong Bapa Miskin Harta Tapi Kaya Kejujuran Yang Menyentuh Hati

22 Ogo 2017

Seorang bapa yang miskin secara tidak sengaja mencalarkan kereta BMW yang diletakkan si pinggir jalan. Qinlong dengan jujurnya telah meninggalkan nota yang menyesali perbuatannya dan berharap pemilik kereta berkenaan akan memberi masa untuk membayar ganti rugi.

Tanpa disangka pemilik kereta BMW tersebut tersentuh dengan keikhlasannya dan mengambil beliau bekerja.

Pada hari kejadian, Qinlong bersama anak-anaknya bersiar di kawasan tersebut. Secara tidak langsung Qinlong telah mencalarkan sebuah kereta BMW. Beliau yang tidak melarikan diri atas perbuatannya yang salah telah pergi ke kedai untuk mendapatkan pen dan kertas untuk menulis nota selepas menhantar anak-anaknya pulang ke rumah. Beliau telah meletakkan nota permintaan maaf di pengelap cermin kereta itu.



Menerusi suratnya, beliau berkata bahawa beliau tidak bekerja kerana perniagaannya gagal, ahli keluarganya juga mengalami masalah ekonomi. Beliau hanya mempunyai 100yuan masa itu.


“Saya secara tidak sengaja telah mencalarkan kereta anda dan saya mesti bertanggungjawab, jadi tolong terima 100 yuan saya terlebih dahulu dan tolong beri saya masa untuk membayar baki selebihnya. Sila beri saya waktu 2 atau 3 bulan untuk menyediakan baki ganti rugi. Saya memberi jaminan kepada anda bahawa saya tidak akan melarikan diri”.

Reaksi pertama pemilik BMW itu ialah takut jika seseorang mempunyai niat yang tidak baik. Beliau telah meminjam telefon rakannya dan menelefon Qinlong. Beliau telah berbohong bahawa kereta yang tercalar itu adalah Benz.

Dengan jujurnya, Qinlong menyatakan dia mencalarkan kereta tetapi ia BMW bukannya Benz.

 “Adakah anda kawan pemilik berkenaan? Bolehkah anda mahu membantu saya mencarinya? Saya perlu memberitahunya bahawa saya secara tidak sengaja mencalarkan keretanya dan saya bersedia bekerjasama” kata Qinlong dengan cemas.



Pemilik BMW tersebut dapat merasakan bahawa Qinlong bukanlah seorang lelaki yang jahat tetapi jujur dan penuh tanggungjawab. Beliau telah berjumpa Qinlong dan menjelaskan bahawa kos membaiki keretanya menelan sehingga 1900yuan. Beliau telah memutuskan untuk tidak meminta Qinlong membayar ganti rugi setelah melihat kejujuran lelaki tersebut.




“Saya telah merosakkan kereta anda dan saya akan membayar ganti rugi. Saya tidak akan menentang prinsip hidup saya”, katanya lagi.

Kata-katanya telah menyentuh hati pemilik BMW tersebut.

Oleh sebab anda bersungguh-sungguh untuk membayar balik ganti rugi kepada saya, dan saya pula kekurangan kakitangan, mengapa tidak anda datang ke syarikat saya untuk bekerja? Saya sangat mengagumi kejujuran anda dan anda boleh membayar balik kerugian ini dengan bekerja dengan saya. Kita juga boleh menjadi kawan!” katanya kepada Qinlong.

Pemilik BMW tidak kisah akan kos pembaikan kereta tersebut tapi beliau tersentuh akan kejujuran Qinlong.

“Dalam masyarakat sekarang, orang-orang seperti anda sudah pupus, dan jika anda sudi membantu saya dalam perniagaan saya, saya sangat hargainya”, kata pemilik BMW tersebut.

Dalam masyarakat hari ini susah untuk mendapat orang yang jujur mengakui kesalahannya.


Sumber

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "