Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dari Tanjung Sepat Kini Bergelar Jutawan Segera Dengan Hanya Main Game Dota 2

17 Ogo 2017


KUALA LUMPUR: Pemain muda Malaysia berusia 23 tahun, Tue Soon Chuan (Ah Fu) telah berjaya mengubah hidupnya di Kejohanan Antarabangsa Dota 2.

Tue, yang berasal dari pekan nelayan Tanjung Sepat, Selangor, berkata, dia tidak pernah terbayang hobi kegemarannya itu boleh menjadikannya jutawan segera.

“Saya mula bermain Dota secara suka-suka pada usia 13 tahun. Iaitu 10 tahun yang lalu”, katanya kepada New Straits Times.

Tue memutuskan untuk menjadi pemain profesional Dota 2 ketika berumur 20 tahun, didorong oleh minatnya yang mendalam untuk bersaing dan kerana kegemilangan industri eSports.

Mula bermain untuk kumpulan amatur pada umur 18 tahun, dan kemudiannya memasuki arena profesional, selepas ditandatangani oleh kumpulan dari China, LGD.Forever Young (LFY), dalam pemindahan berprofil tinggi pada Mei.

Tue dan pasukan, akhirnya menduduki tempat ketiga di Kejohanan Dota 2 Antarabangsa Edisi Ke-7, pada hujung minggu lalu, dan memenangi wang lebih daripada US $2.6 juta (RM11.2 juta).


Walaupun dengan semua pengiktirafan antarabangsa yang diterima, Tue berkata dia tetap merendah diri dengan layanan oleh berjuta-juta peminat Dota 2 di seluruh dunia.

“Kami tidak menjangkakan apa-apa ketika menyertai kejohanan ini, cuma hanya melakukan yang terbaik dan suka-suka saja. Saya amat gembira dengan keputusan ini, tapi tetap berada dalam dunia realiti lagi,” katanya.

Tambahnya lagi, dia belum merancang untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Saya merancang untuk meneruskan kerjaya di China. Saya menyertai LFY kerana merasakan saya perlu memperbaiki diri dan masih banyak yang perlu dipelajari,”
dengan menyatakan matlamat utamanya adalah untuk memenangi pada peringkat antarabangsa tahun depan.


Hanya seorang wakil dari Malaysia yang berjaya mengangkat trofi yang diingininya itu setakat ini, iaitu Wong Hock Chuan, yang bermain untuk pasukan China, Invictus Gaming, dengan memenangi Dota 2 pada 2012.

“Untuk berjaya, anda perlu berusaha keras, jika tidak ia hanya sia-sia sahaja.” kata Tue kepada pemain profesional lain yang bercita-cita tinggi.

Bagi harta kekayaan terbarunya itu, Tue berkata dia akan menggunakannya untuk sesuatu yang berfaedah, tetapi perancangan awal adalah untuk membeli sepasang kasut baru terlebih dahulu. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666 - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "