Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menyesal Dengan Kata-Kata Yang Dilemparkan Tempoh Hari, Isteri Saleem Mohon Maaf Kerana Terlalu Emosi

18 Ogo 2017
2 ulasan

Hangat baru-baru ini kontroversi anak-beranak melibatkan penyanyi Saleem, isteri dan anaknya yang merupakan penyanyi baru, Syafiq Farhain. Saleem dan isterinya dipercayai 'berang' dan mahu menyaman sebuah syarikat rakaman yang menggunakan nama dan lagunya untuk tujuan promosi.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila terdapat satu video yang dimuat naik memaparkan Saleem dan isteri mengamuk menyerang syarikat rakaman tersebut.

Bagaimanapun, sebuah video telah dimuat naik di Utusan Online memaparkan Saleem dan isteri hadir bagi menjernihkan keadaan.


Menurut Julia Bachok yang merupakan isteri kepada penyanyi ini, dia memohon maaf di atas keterlanjuran tindakan mereka sebelum ini. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya kerana tertekan dengan pelbagai masalah yang dihadapinya.

Saleem dan isteri hadir ke Utusan bagi menjernihkan keadaan dan memohon maaf dan sangat menyesal kerana kata-kata yang dilemparkanya tempoh hari telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen.

Saleem yang diminta ulas tentang hubungannya dengan anaknya, Syafiq Farhain, berkata dia tetap menyayangi anaknya namun apabila di industri hiburan, dia hendaklah berdiri di atas kaki sendiri.

Turut hadir sebagai orang tengah dalam pertemuan ini ialah Datuk Freddie Fernandes selaku Presiden Karyawan.

Sumber- Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "