Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Pelancong Malaysia Pergi Jepun Beli Barang Jenama Mewah Guna Kad Kredit Palsu Di Lapangan Terbang Dan Terus Pulang

28 Ogo 2017
2 ulasan
                                                                        - Gambar hiasan

Kontroversi  melibatkan rakyat Malaysia yang bercuti di Jepun sekali lagi mendapat perhatian apabila sebuah akhbar tempatan Jepun melaporkan berita penipuan kad kredit palsu yang didalangi oleh rakyat Malaysia sendiri.

Penipuan melibatkan kad kredit palsu semakin menjadi-jadi di negara tersebut dan ada yang menganggap kemesraan Jepun menerima dan mengalu-alukan kedatangan pelancong serta tiada tindakan tegas yang diambil menjadikan Jepun semakin menjadi sasaran penjenayah yang berkaitan China.

Penjenayah tersebut menyamar sebagai pelancong sebelum membeli pelbagai barangan mewah di Lapangan Terbang menggunakan  kad kredit palsu sebelum segera berlepas pulang untuk mengelakkan ditangkap pihak berkuasa.


Pada Jun, seorang wanita berusia 20 tahun yang dari Malaysia dan seorang lelaki berumur 19 tahun  telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai selepas disyaki membawa kad kredit palsu ke Jepun.

Menurut sumber yang sahih, difahamkan, kedua suspek diberikan sebuah patung yang diisikan dengan 16 kad kredit palsu oleh seorang lelaki yang merupakan rakan subahat mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikatakan memasuki Jepun melalui Korea Selatan bagi mengelak pemeriksaan bagasi yang ketat sekiranya terbang ke Jepun terus dari Malaysia.

Kedua-dua suspek tinggal di dalam lapangan terbang di Jepun selama 25 jam sahaja mengikut perancangan yang telah ditetapkan kumpulan jenayah mereka di Malaysia.


Selama berada di lapangan terbang tersebut, pasangan ini berkeliaran di kawasan membeli-belah bebas cukai dan sedang mencuba untuk membeli sebuah beg tangan Louis Vuitton dan jam tangan mewah jenama Gucci untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Sumber dari pasukan siasatan Jepun menjelaskan: "Kes ini seperti langgar dan lari kerana suspek berjaya lolos selepas membuat pembelian secara haram dan ia semakin menjadi-jadi."

Menurut polis Jepun, seramai 70 rakyat malaysia telah ditahan selepas disyaki masuk ke Jepun dengan membawa kad kredit palsu.

Jumlah seluruh kerugian yang dialami melibatkan 73 juta Yen (RM2.85 juta) lapor akhbar The Mainichi.

Difahamkan, kumpulan jenayah yang terlibat memindahkan operasi mereka dari China ke Malaysia untuk mengelak siasatan polis di China.

Sumber - The Mainichi
                 mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "