‘SAYA HARAP AWAK MATI’ Kata Seorang Anak Neraka Yang Tergamak Belasah Ibu Tukar Siaran Televisyen.
Peristiwa yang berlaku di Pennsylvania, Amerika Syarikat di mana seorang lelaki membelasah ibunya yang berusia 70 tahun hanya kerana menukar saluran televisyen.
David Cantrell, 42, berang selepas tidak dapat menonton rancangan komedi yang diminatinya, bertajuk ‘Cool Runnings’ menyebabkan dia sanggup membelasah ibunya dengan memukul dan mencekik warga emas tersebut.
Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman keatas lelaki tersebut dengan penjara selama 11 hingga 23 bulan.
Walaupun dipukul oleh anaknya sehingga menderita demensia, ibu mangsa masih mahu berhubung dengan anaknya dimana dia sekarang tinggal di rumah penjagaan.
Dalam kejadian itu, Cantrell mengaku menumbuk ibunya di mulut dan badan sebelum mencekiknya sambil berkata: “Saya harap awak mati.”
Sumber : Harian Metro
Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :D