Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kartunis Lengkuas Meninggal Dunia, Watak Mat Despatch 2 Ringgit Kini Dalam Kenangan

11 Ogo 2017
One Comment

Pelukis komik terkenal, Zainuddin Bin Saleh,53, atau lebih dikenali dengan panggilan Lengkuas dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang, lapor Sinar Harian.

Pemergian Lengkuas ini disahkan oleh rakan perjuagannya Ibrahim Ujang Anon di laman Facebook sebentar tadi.

"INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUN, pagi ini dapat berita mengejutkan Kartunis Lengkuas (Pelukis kartun MAT DISPATCH dalam Majalah Ujang ) telah kembali ke rahmatullah."

"Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan termasuk kedalam golongan orang-orang yang di redhoi," tulis Ujang dan menyatakan jenazah arwah kini di hospital Selayang.



Selain itu, laman Facebook Lengkuas, Kartunis Lengkuas Zainuddin dipenuhi komen mengucapkan takziah.

Lengkuas merupakan salah seorang pelukis utama bagi majalah Ujang yang pernah terkenal pada tahun 90an dahulu, watak Mat Despatch berjaya memikat hati peminat dengan gelagat suka 'pow' bosnya RM2.

Sebulan lalu, rakan perjuangan arwah, pelukis Azzam Supard yang terkenal dengan siri  'Blues Untuk Aku' juga telah meninggal dunia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "