Skuad bola jaring negara meraih kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat round robin Sukan SEA Ke-29 selepas menewaskan Filipina 96-11 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
Malaysia, yang lebih awal mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir, turun tanpa tekanan untuk memastikan Filpina pulang tanpa sebarang kemenangan.
Skuad Tracey Robinson itu hanya membenar lawan mengutip dua mata pada dua suku pertama dengan meraih pendahuluan 26-2 dan 50-4.
Malaysia terus melebarkan jurang ketika Filipina menambah tiga jaringan pada suku ketiga untuk kedudukan 75-7.
Skuad negara yang diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali akhirnya melengkapkan kemenangan keempat kejohanan dengan keputusan 96-11 pada suku keempat.
Selain Syafazliyana, Malaysia dibarisi Noramirah Dayana Noor Azhar, Siti Nor Farhana Mustafa, Nur Fariha Abdul Razak, Norashikin Kamal Zaman, Puah Pei San dan L. Karishma selaku tujuh pemain utama dalam perlawanan ini.
Malaysia kini menduduki tangga teratas liga selepas turut menewaskan Thailand 73-30, Brunei 64-27 dan Singapura 50-37.
Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
BalasPadampin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E
mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
ditunggu yahhh kehadiran anda