Lelaki Hilang Ditemui Terperangkap Dalam Lif Sebulan Yang Lalu
Colorado, Amerika Syarikat - Seorang lelaki ditemui matu di dalam lif selepas terperangkap selama sebulan di dalam mesin itu.
Mayat lelaki berusia 82 tahun itu ditemui selepas orang ramai mengadu tentang bau busuk yang datang dari lif berkenaan.
Isaak Komisarchik dilaporkan hilang sejak 5 Julai lalu dan dia dipercayai mati antara 6 Julai dan 2 Ogos selepas terperangkap di dalam lif di kediamannya itu.
Hasil siasatan pula mendapati Komisarchik telah menekan butang kecemasan sebanyak dua kali namun tiada pihak yang datang menyelamatkannya.
Jurucakap Jabatan Bomba Denver, Kapten Greg Pixley berkata, polis kini cuba mencari punca kenapa tidak ada orang membuat laporan selepas mendengar bunyi kecemasan itu.
Anggota keluarga Komisarchik berkata, kali terakhir dia dilihat ialah sekitar jam 2 petang 5 Julai lalu.
“Dia keluar rumah untuk mengambil surat dan ke pejabat pengurusan untuk mengambil sesuatu. Dia hilang selepas itu,” kata anak perempuannya, Yelena.
Menurutnya, bapanya tidak boleh berjalan jauh dan sering nyanyuk.
Ketika mula dilaporkan hilang, anggota bomba Denver menjalankan usaha mencarinya di lima kolam tidak jauh dari apartmen itu.
Pihak berkuasa yakin Komisarchik menekan butang kecemasan pada pagi 6 Julai tetapi tidak ada reaksi.
Peraturan lif di Denver memerlukan pengendali lif mengawasi panggilan kecemasan 24 jam sehari.
Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :D
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877