Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Laungan "Malaysia-Indonesia Kita Bersaudara", Penyokong Dua Negara Serumpun Bersatu Sampaikan Mesej Perdamaian

25 Ogo 2017

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah memohon maaf terhadap kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 namun, ada pihak yang mengambil peluang dengan mengapi-apikan hubungan baik Malaysia dan Indonesia.

Kebanyakan ‘keyboard warrior’ mula muncul dengan mencemuh sehingga sanggup menjatuhkan maruah negara masing-masing.

Akan tetapi masih ramai rakyat antara kedua-dua negara itu mengambil pendekatan berlapang dada dan berfikiran terbuka.


Malah, Presiden Indonesia, Joko Widodo sendiri telah meminta rakyatnya supaya tidak memperbesarkan isu kesalahan mencetak bendera republik itu pada buku panduan Sukan SEA KL2017.

"Kita semua saudara," tulis Ismail Jr yang bersetuju dengan saranan itu.

Katanya, seindah persahabatan dan persaudaraan, jangan ada dusta dan bermusuh.

"Kita semua saudara, salam sejahtera...cinta damai, Indonesia-Malaysia," ujarnya di Facebook, disertakan dengan kapsyen gambar menunjukkan tentera kedua-dua negara penuh semangat persaudaraan di sempadan Indonesia-Malaysia.

Ismali Mohd pula mengatakan, kedua-duanya negara Islam perlu bersama demi menjaga keamanan tanah bumi masing-masing.

Katanya, jangan hancurkan tanah sendiri dengan kebencian, sehingga terbuka peluang kepada musuh-musuh yang sedang mengintai.

"Jom main sukan lagi baik," tulisnya.

Sementara itu, Mohammad Hafiz Ahmad berpendapat, sukan sepatutnya menyatukan, bukan sebaliknya.

"Sukan menyatukan kita semua, saling hormat-menghormati jangan berterusan menyinggung perasaan sesama kita," katanya.

Tentera Malaysia-Indoensia bekerjasama di perbatasan

Norhafiza Ismail pula berharap semua 'kawan-kawan Malaysia-Indonesia' terus menjadi sahabat baik.

"Ayuh kita leraikan segera persengketaan ini, kita serumpun, terus maju jaya buat kedua buah negara," katanya. - Siakapkeli.my









Sumber: Sinar Harian , Media Sosial
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666

    - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "