Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Lebih Baik Buat Video Live Main Judi Dari Lelaki Buat Live Tutorial 'Make Up'," Twitter Sharnaaz Ahmad 'Disembur' Peminat

23 Ogo 2017

Pelakon lelaki filem juvana Sharnaaz Ahmad disembur peminat hanya kerana memberi pandangan melalui laman sosial twitter berkaitan lambakan golongan lelaki menghasilkan video tutorial solekan di laman sosial telah mencetuskan kemarahan pengikutnya di Twitter.

Kenyataan Sharnaaz yang meminta golongan itu menjadi anak 'jantan' selain mencadangkan agar mereka tampil dengan video bermain judi berbanding tutorial solekan mendapat kritikan tidak berpuas hati.

"Aku buka Facebook, Instagram penuh dengan jantan buat tutorial solekan... ni mak ampa, cubalah jadi jantan h***t... paling kurang pun, live main judi ka!," tulisnya.



Kerana Twittnya itu, laman Twitter beliau telah 'diserang' oleh netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan perbandingan judi yang digunakan kerana jelas-jelas haram walaupun ia hanya sekadar gurauan.

Namun ada segelintir dilihat setuju dengan kenyataan artis itu namun ada mereka yang meminta  Sharnaaz untuk berhati-hati dalam menyuarakan pendapat sekaligus menyatakan contoh bermain judi tidak sesuai.

"Setuju... tapi bab judi itu tukarlah kepada tadarus ke berkebun ke atau gembala kambing.

"Judi itu sendiri menunjukkan betapa seorang manusia boleh menjadi sampah! Saya tidak boleh hadam dengan kenyataan anda.

"Benda itu (tutorial solekan) bukan menjatuhkan maruah diri... sepuluh kali lagi baik daripada judi," antara kritikan yang ditulis pengikutnya di Twitter.

Ada peminat membandingkan watak yang turut dilakokan oleh beliau sebelum ini sebagai lelaki lembut, berikut adalah komen-komen netizen.


Secara keseluruhannya, pengikutnya berpendapat bahawa seorang lelaki yang menghasilkan video tutorial solekan bukan bererti mereka ingin menjadi wanita sebaliknya hanya berkongsi ilmu. - Siakapkeli.my

Sumber : mStar

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "