Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dia Lambatkan Kerja,Asyik Beri Alasan Setiap Kali Ditanya" - Hafiz Hamidun

23 Ogo 2017
No Comment

Semalam penyanyi Hafiz Hamidun tampil mengadakan sidang media bagi membuat penjelasan berkaitan pergolakan rumah tangganya dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa yang semakin menjadi perbualan hangat ketika ini.

Penyanyi ini juga menepis dakwaan kononnya dia mengambil keputusan yang terburu-buru untuk mengahwini Joy Revfa dan akhirnya mengakibatkan kemelut ini berlaku.

Menurut Hafiz, dia mengambil masa selama lima bulan sebelum bernikah dengan Joy dan baginya itu merupakan satu jangka masa yang cukup bagi menguruskan hal dokumentasi.

"Perkara ini bukan disebabkan ada yang kata saya terburu-buru atau terdesak nak berkahwin, pada saya perkenalan lima bulan itu adalah masa yang cukup.

"Saya kenal bulan Januari, bertunang bulan Mac dan berkahwin bulan Mei. Saya fikirkan untuk bercinta selepas berkahwin dan bukan berkawan saja-saja," ujarnya kepada mStar Online.


Tambah Hafiz lagi, masalah yang menimpa perkahwinannya pasti tidak akan timbul sekiranya diuruskan dengan cara yang betul.

"Kalau tidak melambat-lambatkan kerja itu semuanya boleh berjalan seperti biasa dan tidak terjadi isu seperti ini. Ini tidak, banyak sangat alasan yang diberikan (oleh Joy Refva).

"Saya juga tidak mendapatkan kerjasama yang baik untuk melancarkan urusan ini," ujarnya.

Selain itu, Hafiz juga berkata dia perlu sedikit masa untuk memikirkan tentang berkahwin lagi pada masa hadapan dan dia bersyukur kerana keluarganya memahami dan tidak campur tangan dengan perkara itu.

"Saya tidak trauma tapi saya perlu masa untuk berkahwin pada masa akan datang. Namun, bagi saya apa yang saya lalui ini bukan sahaja pengajaran kepada saya, malah kepada semua orang tentang kepentingan status sebelum berkahwin," ujarnya.


Pasangan Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Bagaimanapun timbul isu apabila Joy dikatakan mendapat pengesahan cerai pada 13 Julai 2017 namun mereka bernikah pada 1 Mei 2017.

Ini bermakna semasa pernikahan dengan Hafiz itu, Joy masih berstatus isteri orang.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "