Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Ragu Status Perkahwinan, Imam Besar Tegur Hafiz Hamidun

24 Ogo 2017
2 ulasan

Isu status perkahwinan pasangan Hafiz Hamidun semakin hangat diperkatakan hari demi hari sehingga Imam Besar, Masjid tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya turut memberi ulasan mengenai faraq dan pembubaran nikah.

Seharusnya Hafiz Hamidun segera mengambil tindakan selepas meragui pernikahannya dengan Joy Revfa tanpa menunggu masa lebih dari tiga bulan.

Menurut Ustaz Hazaruddin selaku Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengambil tindakan setelah perkahwinan berikut sudah separuh jalan adalah perkara yang tidak wajar.

"Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.

"Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.

"Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak," ujarnya kepada mStar Online.


Beliau mengulas lebih lanjut mengenai pergolakan yang melanda rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik, Joy Revfa yang dikatakan tidak sah apabila Joy gagal menunjukkan surat cerainya dengan bekas suaminya selepas dia bernikah dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.

Pada jumaat lalu, Joy Revfa telah hadir ke mahkamah untuk membuat permohonan pembubaran nikah selepas Hafiz dikatakan mula ragu dengan perkahwinan mereka dan enggan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Jelas Ustaz Hazaruddin, tempoh masa yang agak lama di ambil oleh penyanyi itu tidak adil bagi isterinya. Tindakan penyanyi itu melambatkan proses faraq juga dikhuatiri akan menjadi ikutan orang lain yang memandang remeh terhadap hal-hal berkaitan perkahwinan.

"Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang perkara seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah," ujarnya.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "