Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Gambar] Dari Rumah Kampung Kini Berubah Kepada Rumah Ala-Ala British, Transformasi Sikit-Sikit Tapi Hasilnya Sungguh 'Awesome'

18 Ogo 2017
One Comment

Setiap dari kita menginginkan rumah idaman sendiri, yang mana boleh didekorasi dan dihias mengikut citarasa sendiri, dengan pelbagai konsep yang ada. Dalam pada masa yang sama menaikkan lagi seri rumah tersebut.

Bukan itu sahaja, kita sudah pasti mempunyai satu tempat berkumpul untuk semua saudara-mara dan adik-beradik, bila mana meraikan sesuatu, dan ia selalunya di rumah atuk atau nenek.

Tapi, sekiranya rumah peninggalan itu tidak lagi berpenghuni dan mula untuk mereput, ada baiknya sekiranya boleh dilakukan sedikit pengubahsuaian atau transformasi terhadap rumah tersebut, agar sekali lagi boleh menjadi tempat berkumpul.

Menerusi perkongsian dari Asri Meris Anthony yang mana telah ‘make-over’ rumah kampung peninggalan arwah neneknya, ia sedikit sebanyak memberikan satu dimensi yang baru buat rumah tersebut, dan tanpa diduga tema yang diterapkan memberikan hasil sangat mengagumkan.

Mari kita ikuti perkongsian dan gambar-gambar transformasi rumah tersebut.

Proses penukaran kayu yang reput di dalam rumah hampir siap & pada masa yang sama proses penukaran semua pintu bermula..

Bismillahirahmanirahim...

Atas permintaan ramai rakan-rakan yang ingin melihat sendiri transformasi teratak kecil kami yang asalnya adalah hanya rumah kampung (bekas rumah arwah nenek) yang ditinggalkan lama tak berpenghuni.. Ini kali pertama kami post di FB gambar rumah asal & proses transformasi..

Alhamdulillah, di sini kami berkongsi beberapa gambar dari awal transformasi bermula sehingga ke hari ini.. Bukan untuk riak atau menunjuk, tapi kami gembira dapat berkongsi idea transformasi kami yang mana diharap dapat memberi inspirasi kepada rakan yang lain..

Ramai yang tanya budget keseluruhan renovasi ini, tapi kami tak ada jumlah atau budget yang khusus sebenarnya, ini kerana kami membuat renovasi bila ada budget lebih & ianya sedikit demi sedikit..

Ini kerana kami bukanlah golongan ada-ada yang meletakkan budget selepuk untuk keseluruhan kos transformasi..Cukup dengan menggunakan daya imaginasi yang agak tinggi untuk menghasilkan apa yang diidamkan dengan material kos sederhana..

Ikuti kronologi transformasi pada setiap gambar..


Ini adalah struktur asal dan setelah dicat semula.. Warna asal rumah ini adalah warna kuning lembut.. Banyak kayu struktur asal telah reput & rosak, terutamanya bahagian dinding & tangga.. So agak memerlukan kesabaran sedikit untuk memperbaiki setiap satu bahagian terutamanya bahagian dinding dalam..


Proses kedua selepas mengecat adalah meratakan tanah di bahagian bawah rumah.. Dalam masa yang sama juga kami menukarkan tingkap asal kepada yang lebih moden dan selari dengan tema "Inggeris" yang diidamkan..


Hampir semua tingkap di setiap ruang ditukar dan ini memerlukan proses yang agak memakan masa kerana tukang ukur akan mengukur setiap satu tingkap & membuat tingkap tersebut di kilang mereka selama hampir sebulan sebelum proses pemasangan bermula.. Kami memilih frame putih & clear glass yang mana bersesuaian dgn konsep English..


Proses pemasangan tingkap siap & dalam masa yang sama beberapa kayu yang reput di bahagian dalam rumah mula ditukar kerana banyak struktur kayu yang telah reput..



Proses pembuatan tangga dan balcony bermula..



Masa ni sangat-sangat excited sebab walaupun balcony & tangga masih belum siap tapi keterujaan ingin menghias ruang balcony telah bermula.. hehehe.. Wiring lampu pun sudah mula dipasang..


Atap bahagian balcony dalam proses pemasangan & menunggu proses railing ..


Setelah pemasangan railings siap, hati mula berbunga-bunga cinta sebab gambaran design balcony & tangga yg diidamkan semakin nampak jelas.. hehehe


Masa ni pemasangan tiles di bahagian balcony & tangga sudah mula dipasang.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan..


Alhamdulillah.. Setelah ruang balcony siap, pelbagai eksperimen dibuat utk menata rias ruang kecil ini.. Semuanya adalah terinspirasi dari konsep "shabby & cottage"..


Ini adalah ruang tamu kami yg sekangkang kera.. walaupun kecil tapi ianya dihias dengan penuh kasih sayang sehingga menjadi ruang favourite seisi keluarga..


Ruang balcony sentiasa bertukar wajah & berubah mengikut mood.. hehehe


Tadaaaaaa... Inilah hasilnya.. Walaupun bukanlah segahh rumah banglo atau istana, tak semewah rumah orang lain, tapi Alhamdulillah kami happy dapat mengubah rumah yang pada asalnya terbiar lama & hampir reput berubah kepada istana impian kami sekeluarga yang penuh dengan kasih sayang.. hehehehe


Yang ni yang paling latest.. Saja lari sikit dari konsep "all white".. sebab inginkan kelainan & inginkan suasana sedikit elegan dengan menerapkan warna 'royal blue' terutamanya pada kain langsir..

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "