Ini Adalah Skuad Pingat Emas Sukan SEA 2001, Di Manakah Mereka Semua Ketika Ini
Ketika ini skuad B22 tahun negara kita sedang berjuang untuk merebut ibu segala pingat iaitu bola sepak di temasya dwitahunan Sukan SEA 17. Nama-nama seperti Norazam Azih, Safawi Rashid, N. Thanabalan dan Syafiq Ahmad menjadi sebutan dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air. Skuad ini disandarkan harapan untuk menjadi juara halaman sendiri buat kali pertama. Tetapi tahukah anda pada tahun 2001, skuad bimbingan Allan Harris ini hampir memenangi pingat emas di halaman sendiri namun dikecewakan oleh skuad Thailand dengan keputusan tipis 0-1. Apakah perkembangan terbaru skuad perak Sukan Sea 2001 ini? Ikuti kami untuk mengetahui lebih lanjut.
KAMARULZAMAN HASSAN
Pada usia yang muda, karier ini penjaga gol muda ini sudah mula menghadapi kejatuhan gara-gara kesilapannya menolak masuk bola ke gawang sendiri hasil hantaran daripada pemain Thailand, Sarawut Treephan dalam perlawanan akhir. Gol itu akhirnya menghancurkan peluang Malaysia untuk bergelar juara di halaman sendiri.
Selain itu, dia juga dipalit kontroversi mengunjungi disko hingga digugurkan dari skuad kebangsaan pada tahun yang sama. Dia kemudiannya berkhidmat bersama-sama skuad Pulau Pinang sehingga tahun 2003 sebelum mengangkat kaki menuju ke Sarawak diikuti Melaka dan Proton FC.
Setelah bersara, dia muncul sebagai jurulatih untuk skuad KL SPA sehingga kelab itu dibubarkan pada tahun 2015. Kini dia bersama skuad liga FAM, Air Asia (sekarang PJ Rangers) pada tahun 2016.
IRWAN FADZLI IDRUS
Pemain ini telah bermain untuk skuad kebangsaan dalam pelbagai pertandingan antara Sukan Asia 2002, Piala Tiger 2002, kelayakkan Olimpik 2004 dan Piala AFF 2007 di posisi pertahanan kiri.
Dia juga turut mengecapi kejayaan di peringkat domestik dengan memenangi trofi bersama skuad Pahang, Negeri Sembilan dan ATM. Dalam saingan Piala Sumbangsih 2013, dia diangkat sebagai pemain terbaik dalam pertembungan yang menemukan skuadnya, ATM selaku Juara Liga Perdana menentang Juara Liga Super, Kelantan.
Pada usia 35 tahun, beliau masih mencari skuad untuk terus bermain. Beliau pernah menjalani ujian bersama skuad PKNS namun tidak diberikan kontrak.
KHAIRONISAM SAHABUDIN
Sehingga tahun 2008, dia mengumpul 50 caps bersama skuad kebangsaan. Pertahanan tengah kental negara ini kekal menjadi pilihan utama skuad kebangsaan untuk beberapa tahun.
Bersama Perlis pada tahun 2003 dan 2004, dia berjaya menjulang trofi MSL dan Piala Malaysia. Kemudian dia berpindah dan menyertai MPPJ, UPB MyTeam dan Felda United sebelum bermain untuk Johor FC (kini Johor Darul Ta’zim) pada tahun 2012.
Pada tahun 2013, dia membuat kemunculan semula bersama pasukan Felda United namun hanya kekal semusim apabila dilabel sebagai tiada semangat kesukanan dan jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
NORHAFIZ ZAMANI
16 tahun yang lalu, pemain ini membuat debut pertamanya bersama skuad kebangsaan pada usia seawal 20 tahun. Walaupun sudah tidak lagi menabur bakti bersama skuad kebangsaan, pemain veteran berusia 36 tahun ini masih lagi beraksi di dalam liga domestik bersama skuad Kelantan.
Di Kelantan, walaupun timbul isu berkaitan usianya, jurulatih skuad tersebut iaitu Zahasmi Ismail akhirnya menyedari bahawa pengalamannya lebih penting daripada kudratnya bagi memastikan pasukan Kelantan mempunyai keseimbangan untuk kekal bersaing dalam MSL. Selain bermain di posisi pertahanan tengah, dia juga mampu memikul tanggungjawab sebagai pemain tengah bertahan.
Dia mengetuai pasukan Malaysia untuk beraksi di Piala Asia pada tahun 2007 dan Kejohanan Merdeka 2008. Pada tahun 2010, namanya tersenarai dalam skuad juara Piala AFF Suzuki 2010 namun kemudiannya disisihkan akibat kecederaan.
JUZAILI SAMEON
Juzaili Sameon adalah antara pemain veteran yang masih beraksi mewarnai Liga Malaysia walaupun hanya beraksi di Liga Divisyen Ketiga, Liga FAM.
Bersama-sama dengan Ahmad Rizal berkelana ke Perancis untuk mencuba nasib bersama kelab Racing Strasbourg sebelum menghabiskan tempoh pinjaman untuk beraksi bersama kelab amatur di Liga Divisyen Keempat, FR Haguenau. Dia terus bermain untuk skuad kebangsaan hingga tahun 2009.
Pada tahun 2006, dia bermain untuk pasukan Pahang. dia kemudiannya bermain untuk skuad MyTeam dan Felda pada tahun 2013. Pada usia 35 tahun, Juzaili sudah berada di penghujung karier untuk beraksi bersama skuad Sime Darby.
REDZUAN RADZY
Selain beraksi untuk skuad Sukan SEA 2001, dia juga tersenarai dalam skuad Sukan SEA 2003. Namun begitu, kariernya di peringkat kebangsaan dilihat tidak begitu menjadi dan tiada impak yang mapu dicipta.
Pernah berkhidmat untuk pasukan Kedah selama dua musim dan Negeri Sembilan semusim, namun aksinya singkatnya bersama pasukan seperti Sabah, Johor FC dan MP Muar lebih diberi perhatian. Pada tahun 2016, dia beraksi bersam skuad Liga FAM, Kelab Bola Sepak Malaysia Kadazan Dusun Murut.
HAIRUDDIN OMAR
Dia antara nama yang cukup gah dalam era bola sepak moden Malaysia. Dengan rekod 5 gol ketika menyarung jersi skuad kebangsaan setahun sebelum disenaraikan dalam skuad Pasukan SEA, ianya sesuatu yang mengejutkan apabila dia gagal menjaringkan sebarang gol dalam kejohanan tersebut.
Kariernya di peringkat kelab lebih mengujakan apabila dia berjaya memenangi trofi di semua kelab yang diwakilinya. Ini termasuklah 4 trofi Piala Malaysia dengan tiga pasukan berbeza selain menjulang gelaran juara MSL bersama Pahang dan MPL bersama ATM.
Walaupun kini tidak lagi aktif mewakili mana-mana pasukan, dia tetap aktif sebagai Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia. Selain itu, beliau turut mempunyai restoren ikan bakar tersendiri, Adeq Sue di Kuala Terengganu.
INDRA PUTRA MAHAYUDDIN
Dia diangkat sebagai pemain terbaik dalam generasinya dan hingga kini para peminat amat bertuah apabila dia kadang-kadang mampu menampilkan sentuhan penyudah berbahaya seperti era kegemilangannya.
Pada usia 35 tahun, Indra membuat penampilan kali ketiga bersama skuad Kelantan selepas kembali ke pasukan tersebut pada tahun 2016. Selain Kelantan, pasukan seperti Perak, Pahang, Selangor, T-Team dan Felda adalah antara kelab yang pernah diwakilinya.
Dia berjaya mengekalkan tempatnya dalam skuad kebangsaan hingga tahun 2008, namun gagal memikat hati jurulatih kebangsaan K. Rajagobal hingga namanya hilang dari tahun 2009 – 2013. Pada tahun 2014, dia kebali dalam skuad yang dilatih Dollah Salleh untuk membantu Malaysia muncul sebagai naik Johan di belakang pasukan Thailand dalam saingan Piala AFF SUZUKI dengan menyumbat 2 gol.
NIZAM JAMIL
Nizam pernah beraksi untuk skuad Selangor sebelum berpindah menyertai skuad PKNS pada tahun 2005. Selepas itu, dia pernah beraksi bersama skuad Proton dan Negeri Sembilan. Namun kecederaan telah menghantui kariernya hingga memaksa dia menggantung boot dan menjadi jurulatih seawal usia 28 tahun pada tahun 2008.
Dengan memegang Lesen Kelas A sebagai jurulatih, dia berjaya membimbing pasukan yang telah dibubarkan, KL SPA untuk dinobatkan sebagai juara Liga FAM.
Nizam kini kerap muncul sebagai pengulas untuk liga domestik bersama Media Prima Berhad dan pernah dilantik menjadi jurulatih Malaysia bagi menghadapi Kejohanan Sukan Universiti Dunia 2017 di Taiwan pada Ogos ini.
NIZARUDDIN YUSOF
Siapa tidak kenal dengan penyudahnya yang deras dan kencang itu. Tiap kali dia beraksi, maka terbukalah peluang Malaysia untuk mendapatkan gol. Pada temasya tahun tersebut, dia telah menjaringkan 2 gol. Yang paling diingati adalah gol kemenangan ketika bertemu Myanmar di peringkat separuh akhir.
Pada tahun 2009 bersama skuad Perlis, dia berjaya bangkit dari masalah kecederaan yang menimpanya untuk memenangi Kasut Emas Malaysia Super League (MSL) 2009. Sebelum bersama dengan perlis, produk kelahiran Kuala Lumpur ini pernah menabur bakti bersama skuad Selangor dan MPPJ. Dia menamatkan kariarnya di MOF pada tahun 2014.
Kini dia aktif menjadi Pengulas bersama bersama Media Prima Berhad selaku penyiar rasmi MSL.
AHMAD RIZAL
Wira kampung sanjungan penduduk Jitra ini merupakan produk bola sepak Malaysia berbakat yang dieksport ke Perancis di awal kariernya.
Seawal usia 14 tahun lagi, dia sudah mula mencipta nama hingga diberi peluang untuk berlatih dengan skuad remaja gergasi Bundesliga, Bayern Munich.
Di sukan SEA 2001, Rizal bersama-sama dengan pemain bola sepak Thailand, Manit Noywech berkongsi 5 gol untuk merangkul gelaran penjaring terbanyak kejohanan. Sebelum itu, pada tahun 1999, Rizal telah menandatangani kontrak bersama skudad Ligue 2 Liga Perancis, RC Strasbourg sebelum dipinjamkan ke liga lebih bawah.
Dia bersara pada tahun 2015 ketika menyarung jersi skuad Hijau Kuning. Rizal pernah berkhidmat untuk beberapa skuad antaranya Selangor, Perak dan Sarawak. Seperti Nizaruddin, Rizal juga kerap muncul sebagai pengulas untuk liga domestik di Media Prima Berhad.
Sumber : FourFourTwo
SWIN1688 MERDEKA PROMOTION
BalasPadamLUCKY DRAW
1-31 AUG 2017
1st Prize Gold Bar 99.99 (100 gram )
2nd Prize - Gaming Notebook (i7-7700HQ3.80GHZ)
3rd Prize - IPAD PRO (10.5"258GB)
SPECIAL PRIZE - CREDIT MYR 66X100
NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.
Wechat / Whatsapp
013-302-6666
014-322-7846
011-2322-8860
011-2611-9352
- WELCOME BONUS 30%
- DAILY BONUS 10%
- REFER BONUS 20%
- 100% TRUSTED / BESMART
- 24 JAM MASA CUCI/
TOPUP
- MININAL TOPUP Myr10.
- HARI HARI JACKPOT
- LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
- OCEANKING2 - OCEANKING3 - TEMBAKIKAN
Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
BalasPadampin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E