Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cara Untuk Buat Sendiri Mee Kicap & Wantan, Resepi Istimewa Dari Adam Corrie

27 Ogo 2017
2 ulasan

Pada mereka yang suka merasai dan mencuba makanan baru yang dimasak sendiri, sudah pasti banayk membelek-belek serta mencari resepi baru yang ingin dicuba.

Mungkin inginkan kelainan dalam masakan, jadi adakalanya ingin menghidangkan masakan bukan Melayu, seperti hidangan dari kaum lain.

Negara kita sememangnya popular dengan kepelbagaian budaya dan makanan, jadi tiada salahnya jika buatkan satu hidangan yang menggambarkan budaya lain, seperti masakan kaum Cina ini, yang popular dengan mee kicap bersama dengan wantan ini.


Resepi Mee Kicap & Wantan
Jemput makan sambil tengok bola. Siap dah dinner saya malam ni..
Buat mee wantan kicap. Dulu masa remaja saya jual mee kicap untuk menampung hidup.

a. Mee Wantan

-
mee wantan (dicelur)
- minyak bijan
- kicap pekat
- kicap cair
- sos tiram
* Campur semua minyak dan kicap tu dalam pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tabur bawang goreng kalau suka. 

Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee

Letak sikit inti di tengah kulit wantan. Gunakan sedikit air sebagai gam. 
Dah siap boleh simpan . Frozen kan. Boleh goreng, kukus atau masukan dalam sup terus.


b. Isi Wantan

-
Udang (dicelur) / ayam ( di cincang halus)
- Daun bawang di potong halus
- Karot di potong halus..
- lada sulah
- Sos tiram
* gaul semua ..

c. Kulit Wantan

- tepung serbaguna
- sedikit tepung jagung (untuk menabur)
- air – boleh tambah jika perlu
- Telur garam
* Payah sangat .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3

d. Sup

- Air
- Lada sulah
- Kiub ayam
- Daun ketumbar
- Bawang goreng

Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja.

P/s : saya tak ada restoren ye. Terima kasih

Ini wantan yang dah siap. Saya suka makan bersama sup... masukkan je dalam sup hingga masak


Sumber: Adam Corrie

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  2. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "