Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketua Pasukan Bola Sepak Thailand (B-22) Mudah Tembusi Gawang Malaysia, Dakwa 'Poket' Penuh Rahsia Pasukan Malaysia (B-22)

28 Ogo 2017
2 ulasan

Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi mendakwa rahsia cara merobek kubu skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara penuh dalam 'poketnya'.

Cenrop sering berjaya membolosi gawang Malaysia tanpa mampu dihalang oleh Irfan Zakaria ataupun Adib Zainudin berdasarkan rekod tiga perlawanan terkini yang membabitkan kedua-dua pasukan ini.

Dalam tiga aksi itu, skuad B-22 negara tewas dalam semua pertemuan iaitu 2-1 di final Piala Negara-Negara, tumbang 4-0 di Kejohanan Piala Dubai (Mac lalu) dan 3-0 ketika Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia B-23 di Bangkok, bulan lalu.


“Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai.

“Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil.

“Saya dah banyak kali melakukannya (jaringkan gol), malah pertahanan Malaysia juga pemain sama. Saya yakin boleh meraih gol,” katanya yang ditemui ketika sesi latihan pasukannya di Stadium Mimdef, hari ini.


Bagaimanapun, penyerang profilik Thailand ini mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang mudah skuad Datuk Ong Kim Swee yang bakal memerima sokongan padu penyokong tempatan.

“Aksi final bagi saya cukup berbeza berbanding perlawanan lalu dan sesiapa saja boleh meraih kemenangan.

“Kami kena pastikan momentum dikekalkan, dan paling penting setiap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap pemain kekal fokus sehingga penghujung perlawanan serta mengelak melakukan kesilapan mudah,” katanya yang membantu Thailand memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.

Sumber- News Straits Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. TAHNIAH BOSS FOR SWIN888 PLAYER LUCKY DRAW WINNER ON 31 AUGUST 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    SCR888 I LPE88 I JOKER123 I GW99 I SKY777 I SKY99

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    For More Detail About Us :
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    SWIN888.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "