Kejadian yang berlaku pada selasa lalu di Jakarta Utara, Indonesia melibatkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Faisal Amir, 27 yang membunuh bayi perempuannya dengan menekup wajahnya menggunakan bantal bagi menghentikan tangisannya.
Menurut laporan Tribunnews, Faisal memukul anaknya menggunakan botol bedak pada awalnya tetapi bayi itu tetap tidak berhenti menangis.
Oleh kerana tidurnya terganggu, dia mengambil keputusan untuk melakukan tindakan melulu itu.
“Bising (tangisan) dia. Ketika itu saya mahu tidur, bayi menangis tidak henti. Saya marah, saya pukul kakinya dengan botol bedak, tetapi dia masih menangis," kata suspek dipetik Malaysian Digest.
Ketika kejadian, ibu mangsa yang bekerja sebagai akauntan tiada di rumah.
Menurut Faisal, setelah menekap wajah anaknya dengan bantal, dia menyambung tidurnya yang terganggu selama tiga jam dan hanya bangun sekitar pukul lima petang sebelum menyedari anaknya telah tiada.
Tambahnya lagi, dia cuba untuk memberikan bantuan penafasan ketika menyedari bayi berusia tiga bulan itu tidak sedarkan diri.
"Dia sudah tidak bernyawa. Saya pun pasrah. Jujurnya saya salah melakukan perbuatan itu.
"Saya menyesal membunuh bayi saya kerana dia pada masa itu memang bising," kata Faisal.
Ketua Polis daerah Jakarta Uatara, Kombes Pol Dwiyono mengesahkan kejadian berkenaan dan memberi kenyataan bahawa suspek dipercayai memiliki tekanan hidup kerana sudah lama menganggur.
Kes tersebut sedang disiasat dan suspek berhadapan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan.
Sumber- Tribunnews
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)
BalasPadamproses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877