Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Beauty With The Brain", Atlet 4 x 400 Meter Negara Ini Sebenarnya Seorang Finalis Miss Universe Malaysia 2017

22 Ogo 2017

Temasya Sukan SEA ke-29 (KL2017) secara rasminya berlangsung pada 19 Ogos hingga 30 Ogos ini dan setakat ini Malaysia sudah pun memungut 28 pingat emas, 19 perak, 14 gangsa.

Sejak KL 2017 bermula, kalau anda perasan, seorang atlet negara iaitu Tana atau nama sebenarnya Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer tiba-tiba menjadi perhatian. Siapakah Tana? Kalau anda nak tahu, Tana adalah atlet negara dalam acara 4 x 400 meter yang bakal beraksi dalam temasya Sukan SEA kali ini.

Namun bukan itu soalnya, yang menjadi bualan netizen adalah wajah dan susuk tubuhnya yang persis seorang model yang jelita.  Patutlah ramai netizen yang bercakap tentang Tana, rupa-rupanya atlet jelita dan tinggi lampai ini merupakan finalis Miss Universe Malaysia 2017.


Dan menariknya lagi, Tana juga merupakan pelajar jurusan akauntan! Wah! Pepatah ‘beauty with brain’ memang kena dengan Tana lah secara ringkasnya. Kalau nak tahu, atlet 4x400 meter kita ini juga suka menyanyi, menari dan berlakon!




Jadi tak hairanlah kalau selepas ini ramai jejaka-jejaka di luar sana melekat di hadapan TV menonton sukan olahraga!

Tana bakal turun ke trek lumba lari pada 22 Ogos ini bersama-sama rakan sepasukannya. Ayuh kita sama-sama mendoakan kejayaan Tana dan rakan-rakan pasukannya serta seluruh kontinjen Sukan SEA negara yang sedang berjuang ketika ini.



SUMBER : Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. SWIN1688 MERDEKA PROMOTION
    LUCKY DRAW
    1-31 AUG 2017
    1st Prize Gold Bar 99.99 (100 gram )
    2nd Prize - Gaming Notebook (i7-7700HQ3.80GHZ)
    3rd Prize - IPAD PRO (10.5"258GB)
    SPECIAL PRIZE - CREDIT MYR 66X100
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    Swin1688.blogspot.com
    Wechat / Whatsapp
    013-302-6666
    014-322-7846
    011-2322-8860
    011-2611-9352

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED / BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    - OCEANKING2 - OCEANKING3 - TEMBAKIKAN

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "