Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Awas! Meminum Kopi Ketika Panas Adalah Punca Kanser

24 Ogo 2017
Anda penggemar kopi? Kopi punca kanser? Ikuti penjelasan Dr. Zubaidi Hj Ahmad mengenai penjelasan kopi. Bagaimana kopi boleh memberi manfaat dan bahaya kepada pengemarnya.

Kopi secara peribadinya tidak menyebabkan kanser. Ia hanya boleh menyebabkan kanser jika diminum terlalu panas. Begitu juga dengan minuman lain. Boleh menyebabkan kanser jika diminum terlalu panas.

Jadi kanser hanya disebabkan cara penyediaannya. Bukan biji kopi itu sendiri. Malah kopi dikatakan dapat mencegah kanser.

Pada 2015, World Cancer Research Fund (WCRF) iaitu pertubuhan bukan kerajaan yang menggalakkan penyelidikan tentang kanser memberitahu, kesimpulan dari enam kajian besar (a meta-analysis), didapati bahawa risiko mendapat kanser hati (liver cancer) lebih rendah di kalangan peminum kopi. Manakala pada 2013, satu lagi kaji meta-analisis menunjukkan wanita yang minum kopi sehari secawan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser rahim.

Bagaimana kopi menjadi minuman bermanfaat?

Terdapat bukti saintifik bahawa bahan dalam biji kopi yang meningkatkan keupayaan insulin bertindak lebih baik, dan bertindak sebagai anti-keradangan. Ia membantu mengelakkan keradangan yang kronik dalam tubuh yang mungkin menjadi punca yang menyebabkan kanser.

Dalam kajian lain, "saintis percaya kopi dapat menghalang kerosakan DNA, melambatkan pertumbuhan kanser dan mempercepatkan sel-sel abnormal agar segera mati sebelum bertukar menjadi kanser".

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "