Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

24 Tahun Dalam Penjara Buatan Bapa Durjana, Elisabeth Lahirkan 7 Anak Dari Hasil Sumbang Si Bapa

21 Ogo 2017
2 ulasan

Bagaikan "haruan makan anak", tiada belas dan simpati seorang bapa bertindak kejam terhadap anak perempuannya. Seorang bapa sepatutnya bertindak sebagai penyelamat telah menyalahgunakan kuasanya. Akibatnya, anak perempuannya yang menjadi mangsa.

Malaysia digemparkan dengan berita seorang remaja diliwat bapanya sebanyak 600 kali beberapa minggu lalu. Berita perbuatan terkutuk ini telah mendapat liputan sehingga ke peringkat antarabangsa. 

Pada tahun 2008, kes yang sama atau lebih kejam lagi telah menggemparkan dunia jenayah. Seorang gadis telah dikurung oleh bapanya sendiri selama 24 tahun sehingga melahirkan tujuh anak sendirian.

Kisah bermula pada 1983 di Vienna Austria, seorang gadis berusia 15 tahun membuat percubaan melarikan diri, namun gagal. Ahli keluarganya telah membuat aduan sehingga akhirnya pihak polis menjumpai selepas tiga minggu.

Elisabeth Fritzl telah menjadi mangsa penderaan seksual bapanya sediri seawal usia 11 tahun. Pada usianya 15 tahun, selepas tamat latihan sebagai pelayan di A1 autobahn dan mendapat pekerjaan dia merancang berpindah dari rumahnya namun rancangannya gagal.


Josef Fritzl sebenarnya adalah seorang bekas jurutera. Dia juga seorang yang berpengaruh di kalangan komuniti setempat. Dengan reputasinya dia berjaya mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan bagi merenovasi rumahnya. Tanpa disedari Josef turut memodifikasi sebuah bilik bawah tanah yang kalis bunyi lengkap dengan dapur, peti sejuk, televisyen, VCR dan bilik air. Semuanya ini dibina perlahan lahan sejak tahun 1978 lagi.

Pada 28 Ogos 1984 bapanya meminta bantuannya untuk memasang pintu bilik bawah tanah rumah mereka. Josef kemudiannya menekup mulut anaknya itu dengan kloroform dan mengheretnya ke bilik rahsia yang dibina secara terancang serta merogolnya. Elisabeth dirantai dan dikunci. Ibunya telah membuat laporan menyatakan akan kehilanganya. Ayahnya telah menyatakan bahawa dia mendapat surat daripada anak perempunnya itu.Elisabeth telah dipaksa menulis surat yang mengatakan dia melarikan diri dan menyertai kumpulan ajaran sesat. Josef telah memandu 100 batu dan mengepos surat itu ke rumahnya sendiri. 

Maka, bermulalah kehidupan neraka bawah tanah Elisabeth. Bermula dari rantai besi telah bertukar kepada tali yang memudahkannya bergerak ke tandas. Sepanjang 24 tahun di bawah tanah, dia telah melahirkan tujuh orang anak hasil dari perbuatan sumbang bapanya.

Pada tahun1989, Elisabeth melahirkan anak yang pertama iaitu Kerstin. Elisabeth hanya dibekalkan buku panduan bersalin, tuala dan gunting bagi memotong uri semasa proses kelahiran itu.

Pada 1990, Stefan anak ke-2 dilahirkan. Begitu tahun setersunya, 1993, Lisa anak ke-3 dilahirkan. Anak ini kerap menangis, keadaanya teruk. Josef mengambil keputusan untuk meletakkannya dalam bakul di depan pintu rumah beserta nota  yang ditulis paksa. Lisa kemudiannya dihantar ke hospital dan disahkan mempunyai masalah jantung. Dia kemudiannya dijaga oleh ditingkat atas rumahnya.

Pada 1994, anak ke-4 iaitu Monika dilahirkan. Monika juga turut dibawa ke tingkat atas. Dengan keadaan anak semakin membesar dan bertambah, Elisabeth meminta bilik bawah tanah itu dibesarkan lagi. Untuk itu mereka anak beranak terpaksa mengorek tanah setiap hari.

Sepasang kembar Alexander dan Michael telah dilahirkan pada 1996. Michael telah mengalami masalah pernafasan. Pada hari keduannya anak itu meninggal. Mayatnya dibakar oleh Yosef sehingga menjadi abu. Alexander turut di besarkan di tingkat atas menggunakan alasan lebih kurang sama. Disember 2003 Felix anak ke-7 dilahirkan.

April 2008, anak pertama iaitu Kerstin jatuh sakit pada 19 tahun ketika itu. Elisabeth merayu agar dia dihantar ke hospital. Josef akhirnya akur. Sampai di hospital doktor yang merawat menjadi pelik dengan keadaan pesakit. Kebanyakkan giginya rosak teruk dan kulitnya terlalu pucat, tiada rekod kesihatan, doktor serta merta membuat laporan polis. Mereka juga membuat pengumuman di televisyen yang mereka memerlukan penjaga Kerstin untuk tampil membantu perubatan Kerstin. 
Elisabeth yang menonton dari televisyen bilik bawah tanah merayu pada Josef agar dia dibawa ke hospital.

Josef membawa Elisabeth keluar dengan syarat yang ketat. Selesai urusan dengan doktor giliran pihak polis pula menyoal siasat Elisabeth. Mulanya Elisabeth enggan bekerjasama, setelah diugut untuk dipisahkan dengan anaknya, Elisabeth akhirnya membocorkan rahsia. Josef tidak sangka secepat itu Elisabeth mengkhiantinya Kes kehilangan Elisabeth 24 tahun dahulu kemudiannya dibuka semula.

Menurut Elisabeth dalam bilik, mereka mempunyai televisyen, radio, dan VCR. Makanan disimpan dalam peti sejuk kecil dan akan dimasak semula. Jika makanan itu dibawa terus ke dalam bilik, Elisabeth  sudah tahu dia akan diperkosa.


Josef ditangkap dan didakwa dengan penjara palsu, merogol sebanyak 3000 kali selama 24 tahun, pembunuhan dalam kecuaian (dalam kematian anak lelaki Elisabeth), dan sumbang. Lewat malam itu (atau awal pagi pada 27 April 2008), polis menyerbu rumahnya. Kanak-kanak telah dikeluarkan dari rumah dan dimasukkan ke dalam jagaan perlindungan. Kanak-kanak melihat dunia luar dan menghembuskan udara segar buat kali pertama dalam kehidupan mereka. Pada 19 Mac 2009, hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan kepada Josef Fritzl.

Pada 2015, sebuah filem bertajuk 'Room' telah dihasilkan berdasarkan dari kisah ini


sumber:
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. yuk.. gabung di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g dan menangkan hadiah menariknya,
    untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "