Siti Kasim Lapor Polis Dakwa Diugut Rogol, Pancung
Peguam dan Aktivis Siti Zabedah Kasim membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang dikatakan mengajak orang ramai untuk memancung kepalanya.
Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim merupakan aktivis kumpulan LGBT ( Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) 'Seksualiti Merdeka' yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).
Ugutan pertama diterimanya pada 3 julai lalu berikutan pendiriannya berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender yang didakwanya disalah petik dari sebuah laman web. Siti Kasim kemudiannya menerima ugutan dari individu yang sama pada 19 julai.
Siti Kasim berkata, ugutan lain yang diterimanya ialah pancung kepala, rogol dan simbah asid ke muka, lapor New Strait Times.
Menurut beliau, ugutan dalam media sosial itu dianggap sebagai perkara serius kerana ada pengguna lain yang turut menyahut cabaran malah mereka telah bertukar nombor Whatsapp untuk berbincang dengan lebih lanjut.
"Ada netizen menjawab dan menyahut cabaran, mereka bertukar nombor Whatsapp,orang lain pula menyatakan supaya tidak berbincang hal itu di media sosial kerana ia boleh dibaca orang lain," katanya.
Siti Kasim menyatakan bahawa ini merupakan ugutan yang paling serius yang pernah diterimanya yang memaksa beliau membuat laporan polis bagi menjamin keselamatannya.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentul pagi tadi.
Siti berharap polis akan mengambil tindakan kepada mereka-mereka yang mengugutnya. Bagaimanapun, Siti Kasim tidak mendedahkan laman web tersebut kerana mahu menganggu siasatan polis.
Sumber - New Straits Times
Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamIni pin bbmnya 5ee80afe :D
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**