Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sibuk Bekerja Bukan Alasan Tak Masak Untuk Anak Dan Suami, Wanita Kongsi Bagaimana Cara Masak Dan Simpan Masakan Untuk Seminggu

25 Jul 2017
2 ulasan

Memasak boleh dikatakan sebagai sesuatu yang wajib dilakukan terutamanya wanita. Meskipun terdapat sesetengah yang kurang mahir dalam hal memasak pasti dia tetap ingin mempelajari cara memasak lauk-lauk yang enak.

Kekangan masa sering menjadi masalah bagi individu yang bekerja untuk menyediakan juadah lauk pauk untuk keluarga mereka. Namun tidak menjadi masalah bagi mereka yang tahu membahagi masa dengan baik. 

Menerusi perkongsian S Kamalinda Lynn, dapat kita ketahui cara beliau menyediakan masakan untuk bekalan 1 minggu. 

Mari kita baca perkongsian menarik ini. 

Ini cara saya masak untuk ibu ~ Frozenkan!

Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengahari (samada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini. Cari 1 masa yang sesuai dan masak untuk bekalan 1 minggu terus. Nahh.. kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa.



Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pulak senaraikan lauk untuk saya siapkan ( i ok jerr)  
Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni ..haiihh.. Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu 'bersilat' kat dapur hari- hari. Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer.


Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur. (Hmm.. sebenarnya ini penyelesaian untuk ada masalah Malas saya gak)  

Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.


~ayam black pepper~kari tongkol~lemak cili api ayam~lemak cili api telur~pindang selar~asam pedas jenahak~paprik ayam~sambal sotong~ sambal telur rebus~masak kicap ayam~tomyam seafood sayur~taucu lemak jenahak~


Ini baru minggu ke-3 saya buat. Semoga istiqamah. Sekadar kongsi idea, share lah jika bermanfaat yer.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "