Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Siapa Sangka Di Sebalik Keayuan Bertudung, Gadis Cantik Ini Lincah Bermain Bola Hingga Dapat Perhatian Stesen TV Negara Seberang

24 Jul 2017
3 ulasan

Jika dilihat dari rupa parasnya yang manis, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa gadis secantik ini merupakan pemain bola sepak wanita  pasukan Sri Sadow Glow Glowing FC dalam saingan Liga Bolasepak Rakyat Wanita.

Indah atau nama sebenarnya Nur Syahindah binti Mohammad Kamal merupakan gadis berusia 20 tahun berasal Kota Bharu yang kini sedang melanjutkan pelajaran  di Kolej Poly-Tech Mara dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan menganggap tidak menjadi masalah untuk seorang wanita bermain bola sepak cuma ianya merupakan perkara yang baru di negara ini dan perlu menjaga batas-batas budaya kita.

" Saya suka mencuba sesuatu yang baru dan lasak jadi saya memilih sukan bola sepak. Saya mula berjinak dengan futsal selepas tamat SPM dan dari situ minat saya terhadap sukan ini semakin mendalam dan kini saya mencuba nasib dalam pasukan Sri Sadow Glow Glowing FC dan alhamdulillah saya berjaya", jelas Indah.


Meski pernah diperlekeh dan dipandang serong oleh segelintir masyarakat , Indah menganggap itu sebagai perkara remeh yang tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang bola sepak ini.

Sebaliknya pemain bola sepak wanita  yang menjadi sensasi di internet hingga tular ke media Indonesia itu memandang cemuhan yang dilemparkan dengan positif.

"Saya jadikan itu sebagai satu semangat untuk saya tunjuk yang kita wanita juga boleh bermain bola sepak," ujarnya kepada Malay Mail Online.

"Sebab sesetengah orang sahaja yang selalu merendahkan saya, ada yang kata perempuan lebih baik pergi masak di dapur. Sebab itu saya jadikannya sebagai pembakar semangat."


Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pasukan Barcelona, beliau kemudian mula mendalami dunia bola sepak dengan berjinak-jinak dengan futsal pada awalnya sehingga terlibat dengan bola sepak secara serius kini.

Anak bongsu dari empat adik beradik ni selesa bermain di posisi pertahanan kiri setelah dipilih menyertai pasukan bola sepak wanita ini hujung tahun lalu.

Beliau amat berharap pasukan yang disertai mendapat peluang untuk pergi jauh dan berharap dapat terpilih sebagai pemain Malaysia.




Sumber - Malay Mail Online












Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "