Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peguam Buat Hal, Seleweng Duit Yang Dipertanggungjawabkan, Ini Hak & Tindakan Yang Anda Boleh Lakukan

25 Jul 2017
One Comment
Foto; realestatelaw

Proses jual beli adalah antara proses penting di antara pembeli dan penjual, ia akan menentukan sama ada jual beli akan berjaya atau tidak.

Bagi belian yang lebih besar, seperti hartanah, ia akan mengambil masa yang lebih lama dan proses yang akan dilalui lebih rumit.

Disesbabkan itu, kita akan melantik seorang peguam dalam mengurusakan hal jual beli hartanah untuk memastikan kelancaran proses, oleh kerana mereka lebih mahir akan hal-hal sedemikian.

Namun begitu, sekiranya peguam yang dilantik itu tidak menjalankan tugas dengan sepatutnya, dan mula menyeleweng, adakah apa-apa tindakan yang boleh kita lakukan?

Dalam penulisan yang dikongsikan oleh peguam hartanah, iaitu Salkukhairi Abd Sukor, ada beberapa cara yang perlu dilakukan sekiranya berdepan dengan situasi peguam seperti ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: hydelawoffice

PEGUAM ANDA MENYELEWENG: APA HAK DAN TINDAKAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

Sejak akhir-akhir ini banyak saya dengar rungutan daripada orang awam tentang kes peguam hartanah yang didakwa melakukan penyelewengan terhadap wang anak guam (stakeholder moneis) mereka.

Antaranya termasuklah peguam gagal melepaskan bayaran harga jual beli yang telah diterima daripada bank kepada penjual, menggunakan wang stakeholder untuk tujuan peribadi, gagal dan cuai menguruskan kes dengan baik dan sebagainya.

Antara tindakan yang boleh diambil oleh anak guam terhadap peguam yang melakukan salahlaku seperti di atas adalah seperti berikut:

1. Melaporkan secara rasmi kepada Majlis Peguam

Setiap aduan yang dibuat akan diterima oleh Majlis Peguam dan Satu Jawatankuasa Tatatertib akan ditubuhkan untuk menyiasat aduan yang dikemukakan.

Pihak yang mengadu dan peguam yang diadu akan dipanggil untuk satu inkuiri di hadapan Lembaga Tatatertib Majlis Peguam di mana anak guam hendaklah mengemukakan bukti bukti yang berkenaan semasa inkuiri tersebut. 

Jika didapati bersalah, peguam tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib Majlis Peguam seperti amaran keras, arahan untuk peguam mengembalikan wang anak guam, denda, sijil amalan guaman mereka boleh digantung dan nama mereka boleh di nyah daftaraikan (struck off) sebagai peguambela dan peguamcara.

2. Tuntut ganti rugi

Sekiranya peguam tersebut didapati bersalah oleh Lembaga Tatartib dan nama mereka telah dinyah daftaraikan (struck off) sebagai peguambela dan peguamcara, anak guam yang mengalami kerugian tersebut boleh menuntut ganti rugi terhadap Majlis Peguam melalui Dana Pampasan (Compensation Fund).

Di mana setiap tahun setiap kali peguam ingin memohon pembaharuan sijil amalan guaman mereka, peguam hendaklah mengemukakan sejumlah wang kepada Majlis Peguam untuk tujuan Dana Pampasan tersebut.

Walau bagaimanapun pampasan tersebut tertakluk kepada jumlah dana yang ada untuk tahun tersebut dan pampasan yang akan diberikan adalah berdasarkan kepada case to case basis.

3. Failkan tuntutan sivil

Selain daripada itu anak guam juga boleh memfailkan tuntutan sivil terhadap peguam yang gagal menjalankan tugasan mereka sehingga boleh menyebabkan kerugian kepada anak guam.


4. Peguam tuntut pampasan

Untuk kes kecuaian yang dilakukan oleh peguam, sekiranya tuntutan sivil dibuat terhadap peguam oleh anak guam dan peguam tersebut telah diarahkan oleh mahkamah untuk menjelaskan amaun gantirugi kepada anak guam mereka.

Maka peguam tadi boleh menuntut pampasan di bawah dengan syarikat insurans di bawah profesional indemnity coverage (Perlindungan Tanggungrugi Profesional) setakat had maksimum perlindungan yang mereka ambil. 

Walau bagaimanapun, tuntutan di bawah profesional indemnity coverage ini tidak terpakai dalam kes di mana peguam tersebut didapati melakukan salahlaku jenayah.

5. Laporan polis

Selain daripada itu, anak guam juga boleh membuat laporan polis terhadap peguam tersebut. Pihak polis akan membuat siasatan dan jika terdapat bukti yang peguam tersebut melakukan elemen- elemen jenayah seperti penipuan atau pecah amanah.

Maka mereka boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan kesalahan seperti di atas dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda di penjara dan disebat.

Ini antara remedi yang ada dari sudut perundangan yang boleh diambil oleh anak guam sekiranya peguam mereka melakukan kesalahan disiplin sebagaimana di atas.

Walau bagaimanapun saya berpendapat, anak guam hendaklah lebih berhati hati sebelum melantik sesuatu peguam untuk urusan hartanah mereka supaya tidak terlantik peguam yang tidak profesional, tidak menjalankan tanggungjawab mereka serta tidak jujur dan amanah.

Jika tulisan ini bermanfaat, sila LIKE dan SHARE supaya lebih ramai yang faham akan hak mereka.

Sekian terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

- Siakap Keli

BACA: 4 Cara Semak Nilai Pasaran Sesebuah Rumah, Elak Beli Rumah ‘Overprice’ & Bayar Deposit Berlebihan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "