Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Baru Beroperasi Dah Jadi Mangsa Vandalisme Dan Siap Gantung Buaian Anak Dalam MRT, Berikut Adalah Adab Menggunakan Pengangkutan Awam

25 Jul 2017
One Comment

Minggu lalu Malaysia mencatat sejarahnya tersendiri apabila berjaya melancarkan Mass Rapid Transit (MRT) dan sebagai rakyat negara ini, ia merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kemudahan itu boleh diklasifikasikan sebagai kemudahan dunia kelas pertama.

Namun, apa yang tidak sedap kita dengari adalah sikap segelintir masyarakat kita yang masih dengan pemikiran dunia kelas ketiga, mana tidaknya, tidak sampai seminggu dirasmikan, MRT sudah menjadi mangsa Vandalisme, kemudahan yang disediakan untuk memudahkan kita dirosakkan yang sudah pasti menyusahkan orang lain.

BACA: Tak Sampai Seminggu Dibuka, MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme

Semalam pula kita disajikan dengan kisah ada pengguna MRT yang menggantung buaian pula di senggayut (pemegang) pengangkutan awam itu, ianya sekali gus dilihat satu tindakan yang amat tidak sesuai kerana boleh mengundang bahaya kepada anak kecil yang berada di dalam buaian berkenaan kerana kenderaan ini sentiasa bergerak selain mengganggu pengguna yang lain.

BACA: Pengguna MRT Terkejut Tindakan Wanita Gantung Buai Anak di Senggayut

Untuk menaiki kenderaan awam adalah mempunyai adabnya tersendiri, berikut kami kongsikan adab-adab ketika menggunakan pengangkutan awam, bukan sahaja di dalam MRT, bahkan semua penggankutan awam yang lain.



1) KIRI DAN KANAN

Ketika berada di atas eskalator, pastikan anda berdiri di sebelah kiri. Hormati laluan kanan kerana ia adalah laluan fast lane. Macam mana anda memandu di atas jalan raya, samalah 'undang-undang tak bertulis' itu tentang menggunakan eskalator.

2) 'GELABAH' DEPAN PINTU


Beratur di bahagian sisi pintu dan beri laluan pengguna dalam tren untuk keluar terlebih dahulu. Logiknya, jika anda yang berada di luar terlepas tren, anda masih boleh menaiki tren yang seterusnya. Tetapi lain ceritanya jika mereka yang berada di dalam tren terlepas stesen, mereka terpaksa turun di stesen lain dan mungkin terpaksa membayar tambang yang lebih untuk kembali ke stesen asal. Kasihan bukan?

Ingatlah, bukan anda saja yang mahu cepat. Bukan anda seorang yang ada urusan.

3) LAPAR YA? SABAR!


Makan dan minum di dalam tren adalah dilarang. Semua orang tahu. Kalau lapar sekalipun, tahanlah. Ini tren, bukan restoran makanan segera. Jangan pula ada yang bawa makanan yang berbau kuat dan makan penuh nafsu sewaktu berada di dalam gerabak. Kalau dibungkus, pastikan makanan itu dibungkus dengan kemas dan peganglah dengan berhati-hati.

Oh ya, MRT sekarang sudah melalui Kajang juga, kita tidak mahu nanti ada kes kuah sate Kajang terpercik atau tertumpah atas tempat duduk!

4) ADAB KEBERSIHAN DIRI

Tutup mulut anda apabila batuk, bersin atau menguap. Terutama sekali ketika waktu puncak kerana pengguna tren akan saling berasakan dan berdiri rapat. Orang lain memang tak mahu 'direnjis' dengan cecair dari mulut dan hidung anda. Ini adab yang sepatutnya tidak perlu diajar lagi.

5) KISAH SI PENGANGKANG

Jika tren penuh sesak, tetaplah beringat bahawa satu tempat duduk untuk satu punggung. Peringatan ini khususnya untuk mereka (khususnya lelaki) yang gemar duduk 'mengangkang'. Sedarlah, kerusi tren tak sebesar sofa di rumah anda. Takkan hilang kelelakian anda jika duduk sopan dan merapatkan kaki.

Oh, dan ingat, tempat duduk juga untuk manusia. Bukan untuk beg. Beg yang besar-besar tu letak sahaja di atas lantai atau pangku sahaja di atas riba.

6) BUKAN TAMAN PERMAINAN


Tolong kawal keghairahan dan kenakalan anak-anak anda. Walaupun banyak 'perkakasan' di dalam tren, ia bukanlah taman permainan. Jangan benarkan mereka memanjat, terutama kerusi yang diduduki orang ramai. Kasut anak anda yang entah ke mana sudah menapak, dibiarkan pula memijak kerusi yang menjadi tempat duduk orang lain. Beringatlah tentang konsep najis. Jijiklah!

7) JANGAN MENJERIT BOLEH TAK?

Nak berborak sesama rakan, atau hendak berbual di telefon? Silakan, tapi tak perlulah sampai bersuara 'halilintar' ataupun bertempik dengan menggunakan speaker telefon bimbit anda. Ironinya, apabila dipandang, tahu pula marah dan tuduh orang lain menyibuk. Eh, orang tak nak tahu pun topik perbualan anda.


8) BERHIMPIT DEPAN PINTU DAH KENAPA?

Ketika tren penuh sesak, bergerak masuk ke bahagian tengah tren. Tak perlulah 'cop' tempat di depan pintu. Ia tindakan yang menyusahkan orang lain dan sangat mementingkan diri.

Dalam tren akan ada pemberitahuan atau papan notis tentang stesen yang akan disinggahi, maka apabila menghampiri stesen yang hendak anda tuju, mulalah bergerak perlahan-lahan dari bahagian tengah gerabak ke pintu. Jangan pula dalam minit-minit terakhir baru terhegeh-hegeh mahu keluar... kerana anda akan menjejaskan aliran pergerakan orang lain.

9) WAKIL BELI TOKEN


Kalau travel berkumpulan, cukup hantar seorang wakil untuk beli token. Tak perlulah sampai 10 orang beratur.

10) JANGAN TAMAK TEMPAT DUDUK

Yang terakhir sekali, berilah tempat duduk kepada yang lebih memerlukan. Ada wanita hamil, ada warga tua, ada orang kelainan upaya, hormatilah mereka. Jangan hendak 'mencuri' hak orang lain dan kemudian berpura-pura tidur, atau buat-buat sibuk dengan telefon. Itu trick lama dan sangat lame.

11) TANGAN NAKAL


Hentikan dan lupakan saja perangai dan keinginan pelik anda untuk memusnah! Kemudahan yang sudah disediakan perlu dijaga demi keselesaan orang ramai dan untuk digunakan bagi tempoh yang lama. Jangan melakukan perbuatan vandalisme atau laku musnah seperti menconteng, mencalar, mengopek, mengikis, memecahkan sesuatu objek atau peralatan, atau mengotori kawasan.

- Siakapkeli.my

SUMBER: ASTRO AWANI
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "