Bukan itu sahaja, kita juga mengimpikan mempunyai anak lelaki dan perempuan supaya boleh dikatakan sebagai ‘sempurna’.
Namun begitu, adakah layak kita sebagai hambaNya untuk mempersoalkan sekiranya tidak mempunyai cahaya mata seperti yang diinginkan, walaupun sudah ramai.
Bagi Pn Siti Maisarah Saifuddin, dia sering kali ditanya sama ada tidak mahukan anak perempuan, kerana sudah mempunyai 5 orang cahaya mata lelaki.
Tapi, jawapan yang diberikan oleh Pn Maisarah ini cukup menggambarkan akan setiap nikmat dariNya tidak harus dipertikaikan, namun harus terus- menerus bersyukur.
Mari kita baca akan perkongsian darinya.
Apabila saya ke mana, ditanya dengan persoalan,
"Ya Allah, semua 5 lelaki ke? Macamana Sarah jaga?"
Saya hanya mampu tersenyum.
Sempat saya berseloroh,
"Anak pertama kedua ni, memang jadi harimau singa.
Tapi masuk no 5, dah jadi Naga berapi uminya. Hahaha"
Org arab kata, Get what I mean?
Yes! Bukan semudah yang disangka.
Kalau yang pertama lelaki, adalah bonus bagi saya.
Anak kedua lelaki, Allah nak bagi Kawan Untuk abangnya.
Anak ketiga juga lelaki, Allah nk bagi Geng Surau ayahnya.
Yang keEmpat juga lelaki, itu tanda Allah cukup kan pengusung Jenazah saya.
Dan apabila yang ke5 juga lelaki,
Tiada ungkapan yg terbaik melainkan syukur tak terhingga.
Bererti Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri dikalangan mereka.
Seringkali juga saya ditanya,
"Tak teringin ke Anak perempuan? "
Tipulah kalau tak teringin. Saya juga manusia normal.
Tapi itu kuasa Allah swt.
Bukan terletak pada kuasa saya.
Allah lebih mengetahui,
Kenapa Allah mengurniakan saya semua Anak lelaki.
Kerana Allah mahu saya kuat!
Ya!. Saya mesti kuat.
Untuk mereka. Untuk saya.
Wahai IBU yang punya Anak semua lelaki,
Jangan sedih. Jangan merintih.
Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat mereka..
Ya Allah,
Jaga kan pahlawan muda saya.
Moga menjadi pahlawan syurga.amin.
Doakan saya moga kuat menjaga mereka..
- Siakap Keli
F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
BalasPadamInfo lebih lanjut : 5ee80afe :)
segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
BalasPadamdan menangkan hadiah menariknya