Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lima Langkah Pencegahan Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Diri Dari Dijangkiti Rabies Atau Penyakit Anjing Gila

1 Jul 2017
2 ulasan
Foto: wikiHow

Berikutan berlakunya insiden rabies atau penyakit anjing gila di Serian, Sarawak, yang mana tiga orang kanak-kanak berusia dalam lingkungan empat, enam dan tujuh tahun, di mana dua daripadanya adalah adik-beradik, langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menerusi dari Berita Harian, dua daripada tiga kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda, dan gejala. Manakala seorang lagi tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.

Gejala yang ditunjukkan oleh dua mangsa, adalah mengalami demam, kadang-kala bersikap pelik, agresif dan rasa takut terhadap air.

Dr Noor Hisham berkata individu atau manusia yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma. Katanya, penyakit Rabies boleh menyebabkan kematian seratus peratus pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian dari Dr Iqbal Rosali, terdapat beberapa langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah.

Mari kita lihat akan apa langkah pencegahan tersebut.


Langkah-Langkah Pencegahan Bagi Mengelakkan Dari Dijangkiti Rabies

3 laporan kes Rabies telah berlaku di Derah Serian, Sarawak berikutan digigit anjing. 2 kes dilaporlan dari Klinik Kesihatan Balai Ringin dan 1 kes dari Klinik Kesihatan Gedong. Ketiga-tiga kes kritikal dan sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak.

2 daripada 3 kes tersebut ADA SEJARAH DIGIGIT ANJING 1-2 bulan sebelum menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

Oleh itu, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Dato' Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya ingin menasihati orang awam yang tinggal di daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

1. Rawatan segera

Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar.

2. Suntikan anti-rabies

Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar.

3. Hantar anjing peliharaan ke klinik haiwan

Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat.

4. Lapor jika terdapat anjing liar

Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.

5. Kekalkan tahap kebersihan diri

Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

INFO 

- Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus. 

- Ia boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan anjing yang dijangkiti Rabies. 

- Jangkitan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti Rabies.




Sumber: Berita Harian, Iqbal Rosali

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam
  2. Yang seruu ... dan ada hasil ,, penasaran ?? Yuk ini add saja 7+A//C+D/\8\/5[6[0]

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "