Hamil anak luar nikah merupakan satu perkara yang sering menerima pandangan negatif masyararakat di luar sana. Individu yang pernah mengalami situasi sebegini pasti tahu pahit getir kepayahan bergelar ibu hamil anak luar nikah.
Bagaimanapun , hidup perlu diteruskan dan anak di dalam kandungan perlu dijaga kesihatannya tetapi terdapat juga ibu-ibu muda ini yang enggan ke klinik untuk mendapatkan rawatan apabila mereka telah mengetahui dirinya hamil kerana risau dengan persepsi negatif yang bakal diterima daripadapara dokter dan jururawat.
Perkongsian cerita tentang ibu-ibu muda yang enggan datang ke klinik ini dikongsi melalui akaun facebook Doktor Sakinah Sulong yang mengalu-alukan golongan ibu-ibu ini datang ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan kerana bimbang dengan keadaan ibu dan bayi yang dikandung. Ingat, membantu bukan bererti merestui.
FAKTA: KEBANYAKAN ANAK-ANAK INI TERBIAR. BILA SUDAH 'BERISI', DISOROK ANAK-ANAK INI DI RUMAH
"Kenapa baru datang, dik?"
Dia diam, tersengih-sengih seakan malu. Saya padang muka dia, wajah mulus remaja.
"Takut misi marah," jawabnya dengan nada yang kecil.
"Laa, ada ke misi marah tadi? Beritahu pada doktor, biar doktor piat-piat telinga."
Dia tersengih makin lebar. Geleng-geleng kepala.
"Misi baik, tak marah pun."
Perbualan seperti ini bukan asing. Ibu-ibu muda ini yang kebanyakannya mengandung sebelum berkahwin, amat gerun nak melangkah kaki ke klinik kesihatan untuk buka 'buku merah'. Alasannya, takut jururawat atau doktor marah.
Tetapi pengalaman saya bekerja di klinik kesihatan, rasanya stigma begitu kami sudah lama buang jauh-jauh. Kami mengalu-alukan ibu-ibu ini untuk datang ke klinik buat pemeriksaan klinikal. Sama ada sudah berkahwin atau tidak, kami tetap terima.
Yang menjadi masalahnya ialah kebanyakan anak-anak ini terbiar. Bila sudah 'berisi', disorok anak-anak ini di rumah. Ada juga ahli keluarga yang sanggup jumpa doktor untuk meminta digugurkan kandungan (cerita benar). Kerap juga berlaku, gadis-gadis muda ini ditumpangkan ke rumah saudara mara agar jiran tetangga kekal tidak tahu.
Kenyataannya, kami di klinik kesihatan memang sentiasa diingatkan bersikap profesional. Walaupun kami perlu meminta ibu yang datang mengemukakan sijil nikah untuk tujuan dokumentasi, namun pesakit tidak pernah dihalau daripada mendapatkan khidmat kami.
Lihat gambar, memang terpampang ruangan untuk diisi nama suami yang sah berserta nombor telefon serta kad pengenalannya sekali. Bukan untuk suka-suka, tetapi supaya lebih mudah dihubungi dan senang untuk proses pendaftaran kelahiran anak. Kalau tiada sijil nikah, ruangan ini akan dibiarkan kosong. Yang lain tetap sama, tiada diskriminasi buku antenatal bertukar warna. Tidak sama sekali.
Bagi ibu2 muda macam ni, Kami galakkan datang mendaftar seawal mungkin. Untuk tujuan pemeriksaan kesihatan ibu tersebut dan tujuan pengesahan tarikh jangka bersalin (EDD). Mungkin ibu tersebut ada masalah perubatan yg boleh membahayakan nyawa seperti penyakit jantung yang tak pernah didiagnosa, memerlukan pengawasan rapi. Datang lah awal, jangan takut, kami ingin membantu anda.
Seandainya umur ibu bawah 18 tahun, ada implikasi undang2 di mana sebarang prosedur perlu dilakukan dengan pengetahuan penjaga spt ibubapa. Jadi amat bagus seandainya ibu atau saudara terdekat dapat hadir bersama dalam sessi pemeriksaan ibu2 ini.
Memandangkan kes2 sebegini banyak melibatkan sokongan keluarga yang lemah, ibu2 ini akn dirujuk kepada Pegawai Kebajikan. Bukan untuk kepoh2 atau nak merebut anak yg bakal dilahirkan, tapi untuk menilai serta membantu dalam sokongan moral kepada ibu2 ini.
Setiap kali saya jumpa pesakit2 muda ini, saya biasanya akan berbual2 dgn mereka. Dapatkan kepercayaan mereka, cuba nilai status dan sokongan keluarga. Tanpa sokongan keluarga, memang payah untuk mereka meneruskan kandungan. Lebih2 lagi kalau masyarakat hanya tahu menuding jari sahaja.
Tak lupa saya akan tanyakan apa rancangan mereka di masa hadapan dengan bayi tersebut. Di mana nak menetap lepas ni, di mana berpantang, semuanya saya ambil tahu.
Begitulah yang ditekankan pada jururawat2 di klinik saya. Jangan ambil mudah, kerja kita bukan menghakimi tapi membantu memberi khidmat yg terbaik untuk memastikan keselamatan ibu & bayi. Mereka memang komited. Pesakit tak datang appoitment, mereka akan cari. Call pakai handphone, buat lawatan rumah. Buat report police sbb missing person pun pernah . Saya sudah serik dengan kes ibu muda yg mati meninggal di rumah kerana tak pernah ke klinik, memang saya gerun!
Cukup2lah masyarakat yg hanya tahu mencerca tanpa menolong membetulkan keadaan. Yg hanya tahu menjeling tanpa menghulurkan tangan memberi bantuan.
Ditakuti dengan pandangan serong sebegini yg menyebabkan ibu2 muda ini bersembunyi tanpa mendapatkan pemeriksaan di klinik.
Membantu bukan bermaksud merestui,
Marah bukan bermaksud membenci,
Yg kami utamakan keselamatan ibu & bayi,
Bila dah selamat bersalin, kami pun senang hati.
#drmembebellagi
Sumber- Doktor Sakinah Sulong
mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamKontak bbm 5EE80AFE :D
mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
ditunggu yahhh kehadiran anda
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
BalasPadammari bermain bersama kami di ION QQ
banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
pin BB 58ab14f5.