Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Didik Anak Sejak Dari Kecil Lagi Dengan Perkara Ini, Dalam Melatih Mereka Hormati & Hargai Diri

22 Jul 2017
3 ulasan
Foto: parentmagazine

Anak-anak mudah terdedah dengan pelbagai perkara di luar sana, yang mana tidak kira ianya sesuatu yang baik atau pun buru. Jadi sebagai bu bapa, sudah menjadi satu tugas untuk memastikan anak-anak terhalang dari gejala tidak baik.

Permulaan untuk melatih dan memberi pengajaran buat anak-anak boleh dimulakan dari rumah, dengan menunjukkan contoh yang baik buat mereka.

Kawal apa yang tidak seharusnya boleh dilihat oleh anak-anak, dana pa yang perlu dijauhi, tidak kira orang atau pun bahan-bahan yang lain.

Dengan 13 perkara ini, ibu bapa boleh jadikan sebagai rujukan asas dalam mendidik anak-anak dalam usia yang masih kecil lagi.

Supaya mudah untuk mereka membiasakan diri dengan gaya hidup yang sihat.

Foto: parentmagazine

13 Perkara Yang Harus Didik Kepada Anak-Anak

1. Ingatkan anak perempuan, jangan duduk di ats riba sesiapa, termasuk pak cik dalam apa jua situasi.

2. Jangan menyalin/menukar pakaian di hadapan anak-anak bila mereka sudah memasuki usia 2 tahun.

Minta mereka berikan anda ruang peribadi, atau suruh anak-anak ke tempat lain.

3.Tidak benarkan orang dewasa yang lain, menggambarkan anak sebagai ‘isteri mereka’ atau 'suami mereka’, walau hanya untuk bergurau atau main-main.

4. Bila anak-anak keluar bermain bersama rakan mereka, pastikan anda tahu apa yang mereka lakukan. Ini kerana, anak-anak pada masa kini terdedah dengan benda yang tidak bermoral, seperti ‘sexually abuse’.

5. Jangan memaksa anak untuk berada bersama orang yang mereka tidak selesa. Juga, ambil tahu sekiranya anak menunjukkan rasa yang terlampau suka kepada seseorang.

6. Mula mengajar anak-anak mengenai perkara berkaitan dengan nilai-nilai seks yang betul. Sebelum mereka belajar dengan orang lain, yang tidak pasti ianya betul atau tidak.

7. Bila tingkah laku anak mula berubah, dari seorang yang periang kepada pendiam. Ibu bapa harus mula bertanya soalan yang banyak dengan sabar kepada anak-anak.

8. Adalah dinasihatkan untuk anda melihat dahulu apa sahaja bahan yang baru dibeli untuk anak-anak, lebih-lebih lagi cerita kartun, sebelum mereka melihatnya.

9. Aktifkan ‘parental control’ pada peranti atau tv yang boleh diakses secara atas talian. Juga, minta kerjasama rakan-rakan yang mana anak-anak selalu datang ke rumah, untuk lakukan benda yang sama.

10. Boleh mula ajar anak yang berusia 3 tahun untuk membasuh sendiri bahagian sulit mereka, dan beri amaran/ingatkan anak-anak untuk tidak benarkan sesiapa sahaja menyentuh bahagian sulit tersebut, termasuk anda. (pembelajaran bermula dari rumah, dan dari anda juga)

Foto: dreamcatcher

11. Sekat atau senarai hitam apa juga bahan/yangs ewaktu dengannya, yang mana boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak, lebih-lebih lagi intipati/bawa maksud yang tidak baik (initermasuklah muzik, filem, dan keluarga juga rakan-rakan)

BACA: Cara Nak Pastikan Anak-Anak Terselamat Dari Video Tidak Senonoh Ketika Tonton Youtube

12. Terangkan kepada anak-anak akan kepentingan untuk bersuara walau di khalayak ramai mengenai pendapat kita, supaya mereka faham untuk berkata benar.

13. Bila mana anak-anak mula merungut mengenai seseorang, jangan hanya diamkan diri. Cari lebih banyak punca mengapa mereka berkelakuan sebegitu.

Ambil kisah akan sesuatu perkara dan buktikan anda boleh mempertahankan dan melindungi anak-anak.

Ingat, kita boleh menjadi ibu bapa, atau hanya sekadar memegang ‘tittle’ sebagai ibu bapa sahaja.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "