Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Datuk Bandar' Kehormat di Alaska, Stubbs, Mati Pada Usia 20 Tahun

24 Jul 2017


'Datuk Bandar' Kehormat Talkeetna, Alaska, mati pada usia 20 tahun selepas berkhidmat dengan cemerlang sebagai seekor 'ahli politik' dan menjadi semangat kepada bandar terbabit.

Stubbs, yang juga seekor kucing, dipilih menjadi datuk bandar pada 1997 secara bertulis selepas kekurangan calon manusia yang berkemampuan, lapor CNN.

Berita kematian Stubbs itu diumumkan oleh keluarga angkatnya, Nagley General Store di Talkeetna, yang meminta privasi ketika masa berkabung.

"Stubbs hidup selama 20 tahun dan 3 bulan. Dia seorang pejuang sehingga hari terakhirnya; mengiau seharian kepada kami supaya membelainya atau datang ke katil kami untuk digomol dan buat bunyi purr berjam-jam di atas riba kami," tulis keluarga itu.


Stubss, yang dinamakan sempena ekor pendeknya, menjadi ikon di bandar terbabit biarpun dia tidak mempunyai pejabat - malah memang tiada majlis perbandaran di Talkeetna. Stubbs dianggap sebagai datuk bandar di kawasan terbabit selepas penduduk mengambil tindakan menulis nama Stubbs sebagai tanda protes kerana kekurangan calon manusia yang layak pada pilihan raya 1997.

Sejak dari itu, populariti Stubbs semakin meningkat.

"Lebih 75% dari pelanggan kami bertanya 'dimana datuk bandar?' atau mengusik dengan 'Saya ada temujanji dengan datuk bandar.' Saya rasa saya dengar ayat-ayat itu 100 kali sehari ketika tahun pertama kali." tulis keluarga angkat Stubbs.

Rujukan: NewsWeek
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "