Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bertuahnya Dapat Menang Petrol Percuma Selama Setahun Melalui PETRONAS Fuel Frenzy, Hari-hari Ada Pemenang Pula Tu

25 Jul 2017
3 ulasan

Nama Petronas bukanlah asing lagi bagi kita, dari kanak-kanak sehingga dewasa hampir semua rakyat Malaysia tahu akan jenama pengeluar minyak terkenal negara ini, bahkan dikenali diseluruh dunia.

Seperti kita ketahui juga, Petronas adalah satu-satunya stesen minyak yang memberikan penghargaan kepada pelanggannya dengan peraduan hadiah yang cukup lumayan seperti kereta mewah dan perlabagai lagi.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa ketika ini jenama minyak negara ini sedang menjalankan peraduan Petronas Fuel Frenzy iaitu bermula 9 Jun sehingga 31 Julai 2017 hujung bulan ini.


Peraduan ini menawarkan 1 hadiah utama dan 40 hadiah saguhati setiap hari selama 53 hari berlangsungnya peraduan ini dan hadiahnya cukup lumayan dengan hanya isi minyak minimum RM30.

Hadiah utama untuk 1 x 53 hari adalah minyak percuma selama setahun (diumumkan seorang sehari) atau bersamaan sehingga RM6000.


Manakala untuk hadiah saguhati pula jumlah pemenang adalah 40x 53 hari diumumkan sehari yang bakal membawa pulang Petrol percuma RM100.


Apa yang menarik anda boleh menang menang lebih dari sekali, iaitu maksimum 1 kali menang hadiah utama dan 3 kali hadiah saguhati.

Cara untuk menyertai peraduan ini adalah amat mudah, isi minyak petrol atau Diesel minimum RM30 di mana-mana stesen Petronas, ambil resit, hantarkan SMS nombor invoice resit ke 39993 dengan formatnya adalah

PETRONAS <jarak> jumlah pengisian <koma> nombor invoice resit <koma> nama penuh seperti di dalam kad pengenalan.

Contoh: PETRONAS 60,00000000123456789,Siti Balqis Binti Ahmad


Untuk maklumat lanjut dan menyemak senarai pemenang harian selama tempoh berlangsungnya peraduan anda boleh layari
Laman Web : MyMesra,
Facebook PETRONAS Brands
Instagram petronasbrands,
Twitter: PETRONAS Brands
Youtube: PETRONASOfficial

Wajah-wajah mereka yang sudah berjaya.




Jom kita lihat video wajah mereka yang sudah berjaya menang hadiah utama.




Ramai sudah berjaya, tak salah kita mencuba kerana minyak adalah keperluan harian yang kita guna, jadi apa salahnya apabila isi minyak kereta RM30 dan keatas, ambil resit dan SMS kan ke nombor tertera.

Mana tahu kita antara yang bertuah nanti, tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa tahukan.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666 - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "