Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Mahu Saman Hospital Selepas Tersalah Diagnosnya Dengan HIV 15 Tahun Lepas

4 Jun 2017

Bangkok: Seorang wanita berusia 23 tahun yang telah didiagnos dengan HIV 15 tahun lepas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital yang melakukan diagnosis tersebut.

Suthida Sangsumart berkata dia terpaksa mengambil ubat anti-HIV sejak dia disalah diagnos dan telah disisihkan oleh masyarakat.

Dia bercakap sedemikian selepas menjalani ujian darah di Thai Red Cross Society Anonymous Clinic pada Khamis.

Suthida membenarkan media untuk melihat ujian itu dan menunggu keputusan. Dia ditemani ke klinik tersebut bersama peguamnya, Songran Achariyasab.

Suthida menangis apabila doktor mendedahkan keputusan ujian darah mengesahkan dia tidak mempunyai HIV.

Sebelum ini, dia telah menjalani ujian sama di hospital-hospital lain tetapi  tampil ke klinik itu untuk 'keputusan rasmi'.

Bapa Suthida mati akibat Aids ketika dia berusia lapan tahun.

Seorang doktor di hospital Suvarnabhumi di Roi Et pada 15 tahu lepas menguji darah Suthida dan mendiagnosnya dengan HIV.

Suthida juga mahu tindakan disiplin diambil terhadap doktor di hospital itu.

"Saya mula mengambil ubat penyakit HIV sejak itu (selepas didiagnosis). Saya terpaksa berhijrah ke Samut Prakarn selepas orang ramai di kampung saya membenci saya kerana punca kematian bapa saya dan diagnosis doktor bahawa saya mempunyai Aids," katanya.

Menurut laporan, suami kepada Suthida tidak ambil peduli tentang penyakit itu.

Suthida membuat ujian semula ketika dia mengandung pada usia 19 tahun. "Selepas itu saya ragu dengan ujian pertama dan ia mungkin salah," katanya.

Sekarang dia telah disahkan bebas dari penyakit tersebut, dan dia mahu pihak hospital bertanggungjawab terhadap kesilapan itu.

Sumber: The Star
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "