Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dipercayai Pukul Kanak-Kanak Guna Kayu Dah Kena Cekup, Pukul Tanpa Belas Kasihan Hanya Kerana Tumpahkan Nasi

6 Jun 2017
One Comment

Sejak semalam tersebar sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang kanak-kanak telah menjadi mangsa dera di mana kejadian berkenaan betul-betul menimbulkan rasa mara netizen.

Kejadian yang berlaku di Taman Puchong Perdana, Puchong dan video yang berdurasi 2 minit 15 saat itu memaparkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun sekurang-kurangnya 30 kali menggunakan kayu.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis dilaporkan telah berjaya menahan wanita berkenaan semalam dan turut menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Kejadian pukul itu bermula apabila kanak-kanak telah menumpahkan makanan ketika sedang makan sebelum wanita berkenaan mengarahkan kanak-kanak terbabit beredar dari meja.

Namun, sebaik mangsa bangun, wanita itu telah bertindak memukul kanak-kanak berkenaan berkali-kali sehingga menangis.

Sapa yang menyedihkan kelihatan kanak-kanak itu mengeliat dan mengosok badannya kerana menahan kesakit.


Dalam rakaman video itu wanita tersebut menyatakan dia tidak kisah jika video yang dirakam menjadi viral dan dia berulang kali menuduh mangsa bersikap kurang ajar, anak sial dan "Baik kau mati lagi bagus!".

Difahamkan kanak-kanak itu tidak mempunyai pertalian darah dengannya, sebaliknya mangsa hanya dijaga sementara waktu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

"Mangsa sudah diselamatkan dan wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

"Perkembangan kes akan dimaklumkan kelak," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "