Foto: masterfile
Dalam mengenali setiap pasangan masing-masing, mungkin ada pasang surutnya, yang mana memerlukan pasangan untuk mengambil hati supaya mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin.
Bukan itu sahaja, lelaki juga harus tahu bagaimana untuk memenangi hati wanita, yang mana ramai berfikir wanita sukar untuk difahami, tapi, ianya bukanlah sebegitu.
Apa yang harus dilakukan oleh lelaki, adalah dengan memahami diri mereka, dan menerusi siri Tweet dari Saifullah Kamaluddin ini, ia sedikit sebanyak boleh dijadikan rujukan oleh sang jejaka dalam mengenali wanita, serta menjadi teman yang disenangi oleh wanita.
Harus diingat, tiada guna untuk bertengkar dengan wanita, kerana mereka ada ingatan yang sangat baik, dan akan mengungkit mengenainya, dari hari, tarikh, masa, dan tempat.
Bagi sesetengah wanita, mengusik, cubit, pukul, atau mencucuk adalah cara mereka untuk bergurau, walupun ianya sakit abgi lelaki.
Mereka akan meragui dengan tindakan yang tiba-tiba, seperti penggunaan perkataan, bagaimana cara lelaki bertindak bals, juga berkelakuan baik tanpa sebab.
Tiada rasa hormat, sombong, dan kurang ajar, ia membuatkan wanita menjauhi lelaki.
Walaupun anda tidak melihat sesiapa, tetapi mereka akan memarahi anda, kerana sifat mereka sebegitu. Itulah yang menunjukkan, mereka menyayangi lelaki, tetapi ada lelaki yang gagal untuk perasan.
Bila datang bulan, biarkan mereka menangis, berkelakuan pelik.
Berikan masa dan sentiasa ada bila diperlukan. Kerana, ramai lelaki lain yang akan cuba untuk mendekatinya. Mungkin, bila anda kalah dalam pertengkaran, ia adalah kemenagan buat anda.
Pastinya, sebelum anda buat keputusan untuk bersama, Tanya pada diri, adakah anda sudah sedia untuk memikul tanggungjawab?
Jangan gunakan rasa tidak yakin mereka, silap, atau masa lampau untuk melawan mereka, ia bukan cara untuk anda rasai kemenangan.
Jangan salahkan mereka kalau terlalu menyayangi anda, jika tidak dapat terima, lepaskan sahaja mereka. Mungkin mereka memilih dalam emncari yang sesuai, tetapi, bila anda jadi pilihannya, tiada yang lain.
Jangan terlalu mencuba, kerana anda akan kelihatan seperti terlalu terdesak.
Jangan marah sekiranya mereka terlalu memikirkan anda dengan wanita lain, kerana mereka tahu apa gadis lain boleh lakukan.
Juga,sememangnya, mereka ambil masa. Kena faham, solekan, dan pemilihan baju yang lama, adalah kerana untuk anda.
Foto: mehditoozhy
- Siakap Keli