Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Menyamar Sebagai Gelandangan, Sharul Shiro Hampir Kena Pukul Dan Akak Penjual Nasi Lemak Yang Amat Pemurah

16 Jun 2017
6 ulasan

Sejak semalam telah menjadi tular di laman Facebook sebuah video yang memaparkan pelakon dan pelawak Sharul Shiro telah menyamar sebagai gelandangan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

Video yang dihasilkan oleh maxman.tv itu telah menarik perhatian ramai netizen selepas Sharul berjaya membawa watak sebagai gelandangan dengan berjaya tanpa terdedah identitinya.

Di dalam video itu memaparkan beliau yang menjadi gelandangan telah cuba meminta sedekah, ternyata sifat pemurah rakyat Malaysia begitu tinggi di mana dalam masa tidak sampai sejam beliau berjaya memperoleh RM30.

Namun satu kejadian tidak disangka berlaku apabila kelihatan datang dua orang lelaki bertindak agak kasar terhadap Sharul dan rakannya di mana dua lelaki itu bertanyakan adakah mereka memiliki dadah.

Dilihat berlaku sedikit pergelutan antara mereka di mana menyebabkan Sharul terjatuh je atas rumput, menurut mereka dua lelaki berkenaan mungkin pihak keselamatan atau penjaga kawasan berkenaan.


Di dalam video ini, apa yang betul-betul mencuri perhatian admin ialah apabila Shahrul cuba meminta nasi lemak dari akak penjual nasi lemak di Pasar Seni seperti dalam gambar di bawah.

Shahrul menyatakan dia amat lapar, sudah dua hari dia tidak menjamah makanan dan juga menyatakan dia tiada duit, namun akak itu dilihat telah membungkus nasi lemak berlauk ayam, diberikan secara percuma kepada 'gelandangan' yang tidak dikenalinya itu.

Ternyata sikap pemurah wanita di dalam video berkenaan mendapat pujian ramai netizen, rata-rata mereka kini mahu gerai akak ini viral.

Memang pemurah akak ini, beliau merupakan seorang peniaga gerai makanan di West Est Maina Station, Pasar Seni, memang terbaiklah akak ni, semoga dimurahkan rezeki akak.

Video itu kini telah ditonton sebanyak 1.9 juta orang dan dikongsi hampir 20,000 kali. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. SITUS BANDAR ONLINE 2017 #DEWA-LOTTO
    BURUAN BERGABUNG SEKARANG JUGA

    BalasPadam
  2. yuk coba keberuntungan mu di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5-E-E-8-0-A-F-E, banyak permainan dan game seru loh disini :)

    BalasPadam
  3. Yuk daftar kan diri anda di ARENADOMINO permainan poker yang sekarang menghadirkan permainan baru game SAKONG silahkan bermain dan menang kan JP nya..

    BalasPadam
  4. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  5. ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1

    BalasPadam
  6. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "