Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Sanggup Berkorban Dan Kisah Inspirasi Yang Cukup Menyentuh Hati, Guru-Guru Ini Terima "Surprise" Yang Tak Disangka

14 Jun 2017
4 ulasan

Hari guru sudah pasti menjadi hari yang dinantikan oleh ramai guru dan murid-murid. Pada hari berkenaan yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun pasti akan diadakan sambutan yang cukup meriah sempena menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Apa yang menarik kali ini, seramai 6 orang guru dari seluruh Malaysia telah dikenal pasti dan menerima kejutan yang tak disangka, mana tidaknya secara tiba-tiba nama mereka diumumkan menerima wang tunai sebanyak RM5,000 daripada pihak McDonald's Malaysia.

Keenam-enam mereka adalah antara hampir 1,000 orang nama yang telah dicalonkan oleh rakan-rakan guru, ibu bapa atau pelajar tanpa mereka ketahui dalam 'Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s' yang julung kalinya diadakan pada tahun ini dan pencalonannya telah dibuka pada pertengahan bulan April lalu.

Anugerah ini yang diadakan sempena Hari Guru Kebangsaan 2017 adalah tanda penghargaan daripada McDonald's untuk menghargai jasa, komitmen, sikap prihatin dan inspirasi daripada para guru yang tidak ternilai

Berikut adalah senarai guru terpilih dan kisah menyentuh hati mereka yang menjadi pilihan McDonald's untuk Anugerah Guru Inspirasi 2017:



Cikgu Azman Abdul Manaf dari SK Pos Musuh LZ, Tapah, Perak





Cikgu Muhammad Ashraf Ahmad dari SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak




Cikgu Jayanthi Rani A/P Muniandy dari SK Taman Muhibbah, Kulai, Johor



En Fong Wai Kit dari SJK (C ) Kuen Cheng, Kuala Lumpur




Cikgu Melvin Yeoh Chian Yik dari SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor 





Cikgu Mohd Azri Elias dari SMK Jelutong, Pulau Pinang




Jom lihat video yang memaparkan detik guru-guru hebat ini menerima kejutan yang tidak disangka dari pihak  McDonald’s, terharunya.


Masih ingatkah lagi anda kisah seorang pelajar perempuan yang tinggal di pusat snooker bersama ahli keluarganya akibat kesempitan hidup dan dia memperoleh 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) baru-baru ini hasil didikan seorang guru yang telah mengambil remaja itu sebagai anak angkatnya sebelum peperiksaan menjelang?

Kisah berkenaan menjadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan remaja berkenaan selain kagum dengan apa yang dicapainya di sebalik kesusahan yang dilalui.

Pihak McDonald’s juga turut menyampaikan satu Anugerah Guru Istimewa kepada cikgu tersebut - Cikgu Suraya Abdul Rahim dari SMK Seri Kota Puteri, Pasir Gudang, Johor di atas tunjuk ajar yang beliau berikan sehingga remaja tersebut berjaya dengan cemerlang dan  berpotensi membina masa depannya yang lebih baik.



Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Guru tahun ini, McDonald’s turut menganjurkan beberapa siri seminar motivasi bertajuk ‘Guru Pembina Generasi Terbilang’ yang disampaikan oleh pakar motivasi popular Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, seminar ini telah diadakan di Kota Bharu, Kuala Lumpur, Klang, Pulau Pinang dan Melaka. Seminar ini menerima sambutan yang cukup menggalakkan dalam kalangan guru-guru.

Dikhabarkan juga McDonald’s telah mengadakan sambutan Hari Guru di 261 restorannya seluruh negara yang dihadiri oleh guru-guru dari sekolah berhampiran restoran di seluruh Malaysia.

Apapun, tahniah kepada semua pemenang. Kepada anda yang membaca, jika ingin lakukan kejutan kepada guru-guru kesayangan anda, bolehlah hantar pencalonan kepada pihak McDonald's untuk tahun 2018 nanti.

 - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. admin...numpang promo yah :)
    cuma disini tempatnya game online proses mudah,cepat dan terjamin,di add yuk 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam
  4. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "