Tanah suci Mekah adalah merupakan tempat yang yang paling ingin dijejaki oleh umat Islam, di dalam Masjidil Haram, manusia adalah sama apabila menjadi tetamu Allah.
Di sana kita akan jumpa pelbagai jenis ragam dan budaya dari tempat lain yang sudah pasti ada yang berlainan Mazhab, tetapi ianya merupakan pengalaman yang sudah pasti sukar dilupakan oleh mereka yang pernah ke sana tambah-tambah apabila sudah berada di hadapan Kaabah.
Tersebar di laman sosial sejak seminggu lalu, seorang pengguna Facebook telah berkongsikan pengalaman menarik semasa di ke Tanah Suci Mekah, dia telah merakam gambar yang dia berjumpa dengan seorang lelaki berjubah hijau yang tidak dikenalinya sedang khusyuk beribadat di hadapan Kaabah dan merenung tepat kiblat umat Islam berkenaan.
Dalam komennya, dia menyatakan dari hatinya, lelaki itu merupakan seorang yang 'hebat' dan dihormati kerana sering disapa mesra oleh pekerja Masjiddil Haram dimana lelaki itu memakai jubah hijau yang dihasilkan menggunakan kain-kain yang dijahit tangan dijadikan baju.
Nampaknya gambar itu telah membuatkan netizen tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki misteri ini sehingga ada yang mengaitkan jahitannya baju lelaki itu seakan-akan jahitan lama orang zaman dahulu dan ada pelbagai lagi andaian timbul tentang siapa lelaki itu.
Jom kita baca perkongsian Encik Mohd Ali dan pandangan netizen mengenai orang lelaki, siapakah beliau.
Saya ditakdirkan untuk bertemu insan yang hebat ini di dataran Kaabah pagi ini (31 Mei 2017) sebelum waktu duha di Mekah. Saya liaht beliau begitu khusyuk berzikir sambil merenung ke arah kaabah.
Berbekalkan baju jubah hijau yang kainnya disambung-sambung dengan jahit tangan, tasbih dan tongkat.
Apa yang menarik, setiap kali pegawai Masjidil Haram melintasi beliau pasti mereka akan menegur sapa, membuat saya terfikir, siapakah beliau sebenarnya.?
Cuma saya rasa beliau adalah seseorang yang hebat dan dihormati....wallah hualam....
Dari komen yang diturunkan oleh netizen, apa yang menarik dengan penampilan lelaki ini adalah ia seolah-olah dari zaman ribuan tahun dahulu kerana kata mereka jahitan bajunya seperti jahitan orang zaman dahulu. Ada juga yang menurunkan komen menyatakan lelaki ini mungkin adalah seorang Wali.
Ada netizen menyatakan lelaki ini adalah keturunan Bilal bin Rabah dan ada juga yang menurunkan komen tentang tasbih yang digunakan lelaki itu di mana kata mereka itu adalah tasbih 1000 menyebabkan lelaki itu 'bukan calang-calang'.
Apa kelebihan tasbih 1000 admin pun tak pasti sebab hasil carian di Google banyak jer tasbih itu dijual secara online termasuk di e-bay.
Ada juga netizen berceritakan tentang Nabi Khidir, Menurut Ahmad Syifa' katanya "Nabi Khidir adalah guru kepada Nabi Musa a.s, ada ulamak kata beliau masih lagi hidup sehingga kini dan ada yang kata beliau telah wafat.. Nabi Khidir berasal dari perkataan khidrun yakni hijau.. memang beliau suka berpakaian hijau.. antara mukjizatnya bila berjalan di padang pasir tumbuh akan rumput. Wallahualam"
Berlainana pula dengan komen Husna Ukirnama, beliau menyifatkan pos berkenaan tergantung sehinga mengundang pelbagai andaian, katanya "Sifat ingin tahu sangat kadang-kadang memudaratkan..cerita jangan tergantung. Ini akan menghasilkan macam-macam fitnah dari pembaca kadang-kadang baru sekali lintas je ada yang kata Nabi Khidir la...Bilal bin Rabah lah. Post kita tanggungjawab kita. Jadi hati-hati kerana semua akan ditanya di mahkamah Allah."
Apapun, semua mungkin sekadar andaian, mungkin juga lelaki ini adalah penduduk tempatan yang hari-hari datang beribadat di Masjidil Haram sehingga kenal rapat dengan semua pekerja di dalam Masjid, apapun siapa dia, dia adalah tetamu Allah yang bertuah dapat berada di tempat yang paling ingin dijejaki oleh umat Islam, biarlah bajunya lusuh sekali pun, yang penting bersih dan ibadatnya diterima Allah swt. - Siakapkeli.my
Apa yg ko merepak meraban ni setannn.. Wali Allah x cam tu. Sunnah sana sini tinggal wali apernya. Lg 1 nabi khidir dh mati. Allah x turunkan dia sebagaimana nabi isa di akhir zaman. Jgn sampai rosak aqedah bin posa gini..
BalasPadamCuma di F4NS B3T71N9
BalasPadamDeposit sekali dan bisa main berkali-kali
Buruan :D
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting
BalasPadamingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
BalasPadamdi f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)
BalasPadamsalam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
pin BB 58ab14f5.
ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1
BalasPadam