Cepat sungguh masa
berlalu, rasanya macam baru semalam kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan.
Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk minggu kedua. Menjelang sambutan Aidilfitri
pasti ramai diantara kita akan mula sibuk membuat persiapan terutamanya
aktiviti membeli-belah.
Jom kita tengok 5 tempat
membeli belah popular yang menjadi tumpuan untuk ‘shopping’ raya di sekitar
kawasan Kuala Lumpur.
1. Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)
Jalan TAR merupakan tempat
pilihan warga kota untuk membeli belah. Mereka dari luar kota juga akan membeli
belah di sini. Ketika bulan Ramadhan terdapat ramai yang berniaga di sekitar
jalan ini. kedai-kedai ini pula akan dibuka sampai pukul 2/3 pagi. Macam-macam
boleh dibeli disini. Di sekitar Jalan TAR ini juga terdapat shopping mall
seperti Kamdar, Globe, Gulatis dan macam-macam lagi. Tempat ini juga menjadi
tumpuan ramai ketika malam sebelum raya kerana ketika itu peniaga akan membuat
jualan murah.
Sebut sahaja apa yang korang
inginkan untuk keperluan raya anda, semuanya memang dijual di sini.
Barang-barang hiasan untuk rumah anda juga terdapat di sini. Di sekitar Jalan
Tunku Abdul Rahman, terdapat pusat membeli-belah tumpuan ramai seperti Sogo,
Kompleks Pertama dan Maju Junction.
2. Ampang Park
Tempat pilihan untuk membeli baju-baju
raya yang kedua adalah di Ampang Park. Memang banyak sangat pilihan dan memang
akan rambang mata. Selalunya padi hari-hari biasa Ampang Park bukanlah tempat
tumpuan kerana lokasinya berdekatan dengan pusat beli belah yang lebih ‘urban’
seperti Suria KLCC dan Avenue K. Tetapi menjelang Aidilfitri, ini lah tempat
yang menjadi rebutan. Kat sini korang boleh tawar menawar untuk mendapatkan
harga yang gila murah.
Ampang Park merupakan pusat
membeli-belah pertama di Kuala Lumpur dan dengar cerita akan ditutup pada tahun
ini. Jadi ini mungkin kali terakhir korang berpeluang untuk shopping raya kat
sini. Korang kalau nak datang sini pun senang. Guna LRT dan berhenti di stesen
Ampang.
3. Jalan Masjid India
Jalan Masjid India ini
berdekatan dengan Jalan TAR. Peniaga kat sini bersambung dari Jalan Masjid
India sampai ke Jalan TAR. Seperti di Jalan TAR, ketika Ramadhan terdapat
banyak gerai-gerai di buka di kawasan sekitar jalan ini.
Kesibukan Jalan Masjid India
sama seperti Jalan TAR. Orang berpusu-pusu membeli belah. Banyak yang boleh
dicari kat sini terutamanya di minggu terakhir Ramadhan. Gila punya sesak.
Pengunjung yang datang pun dah jadi macam semut.
4. SOGO
Bagi kaki shopping, Sogo
bukanlah asing pada mereka. Walaupun bukan musim perayaan, Sogo tetap dengan
SALE mereka. Kepada yang mencari baju raya dengan harga runtuh setiap masa,
Sogo adalah tempatnya.
Namun, jika tidak kena pada
masanya, anda boleh tersekat di dalam selama berjam-jam dek kerana kesesakan
pengunjung yang melampau. Kadang-kadang tu dah tak nampak rupa macam shopping
mall dah sebab orang terlalu ramai.
5. Kenanga Wholesale City
Bagi penduduk KL, nama
Kenanga Wholesale City tidak asing lagi. Tempat ini adalah antara syurga bagi
pemborong barangan pakaian dan tudung.
Walaupun begitu, untuk beli
belah di sini ada syaratnya. Korang seolah-olah tidak dibenarkan membeli 1 item
sahaja sebaliknya perlu beli sekurang-kurang 3 item. Contohnya harga sehelai
tudung RM25 hanya dijual RM19 sehelai itupun kalau korang beli 3 helai. Kalau korang
beli lebih banyak, harga pun boleh diturunkan lagi seminimum mungkin. Kena
pandai tawar-menawar la. Menarik bukan?.
Bercakap pasal shopping raya,
korang tak letih ke memandu dalam keadaan trafik yang bercelaru terutamanya di
kawasan Kuala Lumpur?. Ada sesetengah yang mengambil jalan bijak dengan
menggunakan transportasi awam seperti Monorail dan LRT. Tetapi apa lagi cara
lain untuk korang lari daripada kesesakan jalan raya Kuala Lumpur bandar
metropolitan ini?
“Tenang-Tenang Ceria Ramadhan
Ini Bersama Uber”
Oleh kerana Bulan Ramadhan disambut sekali sahaja setahun, setiap
daripada korang mesti mahu melakukan aktiviti membeli-belah dengan lancar
supaya tidak mengganggu aktiviti beribadah di bulan yang mulia ini.
Disinilah korang mungkin perlu beralih kepada Uber. Korang tidak perlu
lagi bersusah payah memandu di dalam kesesakan lalu lintas. Tidak perlu lagi
berhempas pulas menghabiskan masa mencari tempat letak kereta terutamanya di
kawasan Lembah Klang.
Dengan adanya perkhidmatan Uber, korang hanya perlu duduk di bahagian
penumpang dengan tenang, dan dapat berehat menenangkan fikiran semasa di dalam
perjalanan sehingga sampai ke destinasi. Yelah, waktu bulan puasa macam ni
badan pun rasa letih. Bahaya jugak memandu dalam keadaan tak bermaya,
macam-macam boleh jadi bila korang hilang fokus sewaktu memandu.
Korang bukan saja boleh gunakan perkhidmatan Uber untuk membeli-belah,
malah korang juga boleh gunakan servis Uber untuk menziarah rakan-rakan dan
keluarga sewaktu menyambut Aidilfitri yang bakal hampir kelak.
Setiap minggu Uber akan memberikan promosi penjimatan pada setiap hari
Isnin hingga Ahad bermula dari 5-11 Jun, 12-18 Jun, 19-25 Jun. Jadi pastikan
korang sentiasa semak promosi yang ditampilkan oleh Uber dalam aplikasi mereka
setiap minggu untuk mendapatkan kod promosi yang menarik tertarik kau memang
Da’Bom!
Dari sekarang hingga 18 Jun 2017, gunakan kod promo “UBERBELANJA” untuk
menikmati 5 perjalanan PERCUMA bernilai RM6 dari 9am- 5pm untuk setiap perjalanan di
Malaysia di mana Uber tersedia.
Sambutlah Ramadhan dan Aildifitri tahun ini dengan bijak bersama Uber!