Mungkin dalam masa beberapa hari lagi, ramai di antara kita akan pulang ke kampong halaman untuk menyambut hari peraayaan, dan dalam masa yang masih ada ini, kita seharusnya buat persediaan awal, langkah berjaga-jaga untuk elakkan rumah dipecah masuk.
Menerusi perkongsian dari laman pihak berkuasa, iaitu Polis KL, telah dikongsikan beberapa tip yang boleh dilakukan, untuk memastikan kediaman selamat dari menjadi tuampuan penjenayah untuk pecah masuk.
Mari kita ikuti perkongsian dari laman ini.
1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.
2. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
3. Jika ada autotimer lampu. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi setiap hari.
4. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik jika ada.
5. Jangan biarkan binatang peliharaan kebuluran semasa bercuti.
6. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah.
7. Pastikan tiada barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.
8. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong.
9. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan di rumah.
10. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti berikut: Nama dan alamat Nombor telefon yang mudah dihubungi Tarikh berlepas dan balik Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti.
11. Untuk lebih selamat, dinasihatkan mengambil polisi Insuran untuk melindungi rumah dan barang berharga.
- Siakap Keli
BACA: 15 Tip Pencegahan Jenayah Pecah Rumah, Yang Boleh Dijadikan Panduan Jika Meninggalkan Rumah Tanpa Penghuni
Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
BalasPadampin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E
mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
ditunggu yahhh kehadiran anda
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
BalasPadamdi f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)