Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Salahkan Berdoa? CEO Air Asia Bidas Kenyataan Bekas Menteri, Pertahan Tindakan Juruterbangnya Minta Penumpang Berdoa

28 Jun 2017
4 ulasan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X membidas kritikan yang dikeluarkan oleh bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim terhadap juruterbang D7237 yang meminta penumpang berdoa ketika pesawat mengalami masalah, lapor Projek MMO.

Datuk Kamarudin Meranun melalui kenyataan di laman Facebooknya berkata beliau juga akan melakukan perkara sama jika berada di tempat juruterbang itu.

“Apa salahnya berdoa dalam apa jua agama terutamanya ketia anda dalam kesempitan?” 

“Membuat kenyataan memang senang terutamanya ketika anda berada di darat. Situasi itu amat sukar, mendaratkan pesawat dan memastikan keselamatan semua penumpang, dan Alhamdulillah mereka berjaya,”  katanya.

Zaid melalui tulisannya di laman Twitter dilihat menyindir dengan menyarankan AirAsia mengupah imam dan paderi jika mahu berdoa dan tidak memberi harapan kepada penumpang.

“Saya lebih suka jika juruterbang tidak memberitahu bahawa ajal saya sudah tiba,” katanya.

Sebuah pesawat AirAsia X penerbangan D7237 dari Perth di barat Australia, ke Kuala Lumpur dilaporkan menghadapi masalah enjin kira-kira jam 6.50 pagi Ahad lalu di mana juruterbang telah meminta penumpang berdoa supaya pesawat yang mengalami masalah enjin itu dapat mendarat dengan selamat.

Pesawat itu berpatah balik dan selamat mendarat di Perth pada jam 10 pagi, menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang rendah itu. Perth dan Malaysia berada di zon masa sama.

Satu letupan dikatakan berlaku di enjin kiri dengan sebilah kipas turbin patah dan seorang penumpang menyifatkan pesawat “bergegar seperti mesin basuh”.

Tetapi, ramai penumpang terkejut dengan tindakan juruterbang meminta mereka berdoa supaya pesawat dapat mendarat dengan selamat di Perth. - Siakapkeli.my

Berikut adalah suasana cemas di dalam pesawat.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini

    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandar
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam

  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino
    hanya dengan 1userid sudah bisa mencoba semua games lo

    BalasPadam
  4. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "